Cari:
Tindakan Dalai Lama Ketepikan Pemecahbelahan Merupakan Punca Kejayaan Rundingan
2009-03-03 18:58:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tindakan Pihak Dalai Lama mengetepikan segala kegiatan memecahbelah perpaduan merupakan punca kejayaan rundingan antara kerajaan pusat dengan Dalai Lama. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang di Beijing hari ini.

Semasa menjawab pertanyaan wartawan, Qin Gang berkata, sikap kerajaan pusat tidak berubah. Bagaimanapun, pihak Dalai Lama mempertahankan anjuran politik kepada "kemerdekaan" dan "separuh kemerdekaan". Malah ia membatalkan perbincangan dengan kerajaan pusat pada bulan November tahun lalu. Baru-baru ini dia mengemukakan pula "memorandum" pemecahbelahan sebagai prasyarat bagi memulihkan kontak dan rundingan.

Qin Gang berkata,samada perbincangan antara kerajaan pusat dengan Dalai Lama dapat mencapai kejayaan atau bergantung kepada kesediaan Dalai Lama membetulkan anjuran politiknya yang salah dan menghentikan segala tindakan memecahbelah, sebaliknya bergiat memperbaiki hubungan dengan kerajaan pusat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China