Cari:
Sidang Tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) Dirasmikan di Beijing
2009-03-03 16:43:47 CRI Cetak

Sidang Tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China dirasmikan di Beijing petang ini. Lebih 2200 orang anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC mendengar laporan kerja tahunan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan ke-11 CPPCC, Jia Qinglin. Laporan itu mencatat kejayaan yang dicapai oleh CPPCC pada tahun lalu dengan menggunakan data dan perkara yang konkrit. Menerusi mesyuarat politik para anggota yang dipilih, CPPCC sentiasa berusaha menyumbangkan daya usaha bagi mendorong pembangunan negara dan kehidupan rakyat.

Sebagai badan penting bagi kerjasama antara pelbagai parti dan mesyuarat politik yang dipimpin oleh Parti Komunis China, CPPCC ialah cara penting bagi mengembangkan demokrasi sosialis dalam kehidupan politik China. Pelbagai parti dan delegasi dari pelbagai etnik atau kalangan yang menyertai pemerintahan akan memainkan peranan masing-masing melalui mesyuarat, dan perbincangan politik negara. CPPCC yang sudah berusia 60 tahun itu sesuai dengan keadaan negara China.

Jia Qinglin menggambarkan pelbagai perkara yang dialami oleh China pada tahun lalu sebagai "luar biasa." Kejayaan yang telah dicapai itu kerana kebijakan dan kematangan anggota CPPCC. Beliau berkata, "Kita menyumbangkan cadangan dan pandangan tentang masalah-masalah penting dalam pelbagai bidang masyarakat, dan mengeluarkan banyak cadangan khas yang menjadi rujukan penting terhadap parti dan kerajaan bagi membuat keputusan. Kita sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat, mengambil pandangan rakyat dan mendorong penyelesaian banyak masalah yang penting."

Pada tahun lalu, CPPCC telah mengadakan sebanyak 55 aktiviti tinjauan khas, mengatur belasan rombongan meninjau ke kira-kira 20 buah provinsi dan bandar. Dengan itu, CPPCC telah mewujudkan mesyuarat terhadap kaedah dan masalah penting negara, penyeliaan terhadap pelaksanaan undang-undang, dan meninjau masalah-masalah yang menjadi perhatian umum.

Menurut Jia Qinglin, asas menunaikan kewajipan anggota-anggota CPPCC ialah "mengutamakan kepentingan rakyat". Beliau berkata, "Kita mesti mengekalkan prinsip 'mengutamakan kepentingan rakyat' dalam menunaikan tanggungjawab. Kita mesti mengutamakan kepentingan rakyat, dan berusaha memberikan cadangan yang selaras dengan kemahuan rakyat."

Sehubungan dengan prinsip itu, anggota CPPCC telah mengemukakan banyak masalah yang mendapat perhatian orang awam. Ada yang mencadangkan, CPPCC perlu mengadakan penyeliaan demokratik, tinjauan dan penilaian terhadap pelaburan negara sebanyak 4000 bilion yuan RMB yang bertujuan meningkatkan permintaan dalam negeri. Ada yang berkata, syarikat swasta mengalami kesukaran, dan CPPCC perlu memberikan bantuan yang lebih besar. Ada juga yang menyatakan, tentang masalah keselamatan makanan, pendidikan moral terhadap syarikat pengeluar perlu ditingkatkan.

Selepas mendengar maklum balas tersebut, Jia Qinglin telah menulis cadangan-cadangan itu ke dalam laporan kerja sebagai titik penting kerja CPPCC pada tahun ini. CPPCC menganggap mengembangkan ekonomi dengan pesat dan stabil, dan memelihara keharmonian dan kestabilan masyarakat sebagai tugas utama. Katanya, "Kita perlu memberi perhatian terhadap trend merebaknya krisis kewangan antarabangsa, meninjau hasil pelaksanaan dasar kerajaan dalam mendorong pertumbuhan ekonomi, membuat kajian, mengajukan masalah, dan mengeluarkan cadangan dan kaedah. Kita perlu mengekalkan perhatian terhadap masalah kehidupan rakyat, mencadangkan dan menyelesaikan masalah kepentingan rakyat seperti peluang kerja, jaminan sosial, perubatan, pendidikan, dan keselamatan makanan."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China