Cari:
Sidang Tahunan NPC Adakan Sidang Akhbar di Beijing
2009-03-04 16:49:54 CRI Cetak

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) akan dirasmikan di Beijing esok. Jurucakap bagi sidang tahunan kali ini, Li Zhaoxing telah menjawab pertanyaan wartawan tentang agenda dan keadaan persiapan mengenai sidang tersebut dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, sidang tahunan NPC kali ini akan berlangsung selama 8 setengah hari, meliputi agenda mendengar dan membahaskan laporan kerja kerajaan dan NPC serta meluluskan laporan belanjawan kerajaan.

Sidang tahunan NPC 2009 diadakan ketika krisis kewangan global semakin merebak dan memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi China. Pada akhir tahun lalu, kerajaan China mengemukakan rancangan rangsangan ekonomi yang bernilai 4000 bilion Yuan RMB bagi tujuan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan stabil. Ketika ditanya bagaimana NPC menjalankan tugas dalam penyeliaan terhadap pelaksanaan rancangan tersebut, Li Zhaoxing berkata: "4000 bilion Yuan RMB yang digariskan dalam rancangan itu termasuk dana pelaburan yang sebanyak 1180 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat dalam tempoh 2 tahun akan datang, dan dana pelaburan daripada masyarakat dan kerajaan tempatan. Peruntukan daripada kerajaan pusat itu akan disenaraikan dalam belanjawan kerajaan yang akan dibahaskan dalam sidang tahunan NPC kali ini. NPC juga akan mempergiat usaha penyeliaan terhadap penggunaan dana tersebut dan pengagihan belanjawan kerajaan pusat."

Sebagai badan yang mempunyai kuasa paling tinggi dan bertanggungjawab terhadap kerja perundangan di China, NPC telah mencapai kemajuan yang besar dalam penggubalan undang-undang berdasarkan prinsip saintifik dan demokratik.

Menurut Li Zhaoxing, usaha pembaharuan terhadap sistem politik mencapai hasil yang ketara dan bersesuaian dengan keadaan negara serta perkembangan sosioekonomi. Kata beliau: "Kami tetap berpendapat, pemodenan sosialis tidak mampu dicapai tanpa asas demokrasi. Namun, usaha pembaharuan yang kami lakukan ini bukanlah sepertimana yang diharapkan oleh sesetengah ahli politik dari negara Barat, sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menyempurnakan sistem sosialis yang bercirikan China dan bersesuaian dengan pembangunan negara."

Ketika menjawab pertanyaan wartawan, sama ada kerajaan China akan mengurangkan usaha bantuan kepada negara lain akibat dilanda krisis kewangan sejagat, Li Zhaoxing berkata bahawa China memberikan keutamaan yang lebih kepada hubungan erat dan kerjasama dengan negara-negara membangun memandangkan mereka juga merasai kesan yang serius akibat krisis kewangan. Kata beliau: "Seperti satu pepatah China yang berbunyi: 'yang bersama-sama mengharungi kesukaran barulah kawan yang sebenar.' Maka, kami tidak akan mengurangkan bantuan sedikit pun kepada negara-negara membangun, sebaliknya akan meningkatkan lagi bantuan kepada mereka dan melaksanakan perjanjian kerjasama dengan bersungguh-sungguh.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China