Cari:
Penggubalan Undang-undang untuk Pelihara Hak Rakyat
2009-03-09 16:04:41 CRI Cetak

Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) telah menggubal dan meluluskan lima undang-undang manakala Dewan Negara menyusun dan meminda lebih 20 buah peraturan pentadbiran pada tahun 2008. Undang-undang tersebut kebanyakannya melibatkan masalah kehidupan rakyat. "Masalah kehidupan rakyat" merupakan salah satu topik utama dalam sidang tahunan NPC dan CPPCC tahun ini. Topik ini juga sering dibincangkan oleh wakil rakyat dan ahli CPPCC ketika menyentuh perkara mengenai perkembangan sistem perundangan dan demokrasi China. Mempertimbangkan masalah kehidupan rakyat dalam menggubal undang-undang jelas menggambarkan konsep "penggubalan undang-undang untuk memelihara hak rakyat.

Konsep tersebut sebenarnya bermakna memelihara hak warganegara dengan bersungguh-sungguh yang melibatkan keperluan terhadap pakaian, makanan, perumahan dan perjalanan rakyat dari segi undang-undang.

Pada awal tahun 2008, Undang-undang Penggalakan Pekerjaan telah pun menetapkan tanggungjawab yang dipikul oleh kerajaan pelbagai peringkat dalam usaha menyediakan peluang kerja kepada rakyat. Ini membolehkan kerajaan China dapat mengatasi dengan teratur masalah kenaikan kadar pengangguran yang disebabkan oleh krisis kewangan sejagat sekarang. Selepas berlaku "kes susu tepung Sanlu tercemar", kerajaan China segera memperkenalkan Peraturan Kawalan dan Penyeliaan Keselamatan dan Kualiti Tenusu untuk menyempurnakan mekanisme kawalan dan penyeliaan keselamatan produk tersebut. Di samping itu, kerajaan China segera memperkenalkan Peraturan Pembangunan Semula Pasca Gempa Bumi Wenchuan selepas bencana itu berlaku supaya usaha membangunkan semula dapat dijalankan dengan teratur. Pada tahun 2008, masih terdapat beberapa undang-undang dan peraturan yang penting diperkenalkan atau diserahkan kepada NPC untuk dibahaskan. Ini termasuk Undang-undang Keselamatan Makanan, Undang-undang Tanggungjawab Pencabulan Hak dan Undang-undang Insurans Sosial. Usaha mengemas dan memelihara hak warganegara di China semakin meningkat.

Kerajaan China berharap supaya dapat memastikan pembangunan masyarakat secara menyeluruh, selaras dan berterusan melalui penggubalan undang-undang untuk membangunkan masyarakat harmoni yang dapat dikongsi oleh setiap warganegara. Pada masa ini, China berkembang pesat tetapi masalah masyarakat, pencemaran alam sekitar dan pembaziran turut meruncing. Memberi perhatian terhadap masalah kehidupan rakyat ketika menggubal undang-undang adalah untuk menyediakan rakyat persekitaran yang bebas, saksama, adil dan berterusan.

Berkuatkuasanya Undang-undang Kontrak Pekerjaan masih belum sampai setahun. Jawatankuasa Tetap NPC memutuskan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pelaksanaan undang-undang ini bagi memelihara hak dan kepentingan pekerja dari kampung. Kerajaan juga memperkenalkan Peraturan Pelaksanaan Undang-undang Kontrak Pekerjaan untuk menyelaraskan perbezaan kesedaran pelbagai kalangan masyarakat terhadap undang-undang tersebut. Sementara itu, Undang-undang Penggalakan Pembangunan Ekonomi Kitaran, Undang-undang Pencegahan dan Rawatan Pencemaran Air dan Peraturan Penjimatan Sumber Institusi Awam yang diperkenalkan telah menyediakan jaminan dari segi undang-undang dalam mengemaskinikan tindakan syarikat dan badan kerajaan. Ia juga meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai usaha melindungi alam sekitar, membangunkan masyarakat yang menjimatkan sumber dan mesra alam serta mendorong institusi awam memainkan peranan contoh dalam usaha menjimatkan sumber seluruh masyarakat.

Konsep "penggubalan undang-undang untuk memelihara hak rakyat" yang diamalkan, juga untuk menggambarkan hasrat rakyat melalui undang-undang.

Sebelum sebarang rang undang-undang dikemukakan untuk dibahaskan, biasanya kerajaan akan mengumpul pendapat rakyat melalui internet, surat khabar, siaran radio dan TV. Ini mencerminkan kemajuan kerajaan China dalam bidang penggubalan undang-undang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China