Cari:
Keamanan Merupakan Jaminan Asas bagi Pembangunan Tibet
2009-03-11 16:53:01 CRI Cetak

Ketika diwawancara oleh wartawan, Pengerusi Wilayah Autonomi Tibet, Qiangba Puncog menyatakan bahawa keadaan Tibet sekarang aman dan tidak ada sebarang masalah yang timbul. Menurut beliau, kejadian ganas mungkin akan menghalang pembangunan Tibet bagi satu tempoh tertentu, tetapi, jika dipandang lebih pembangunan Tibet tidak mungkin dihalang oleh sesiapa pun.

Ada pepatah China yang menyatakan bahawa keamanan amat baik bagi pembangunan masyarakat, sebaliknya keadaan kacau-bilau adalah kerosakan yang paling besar kepada masyarakat. Pembangunan yang berlaku di Tibet lebih 50 tahun lalu juga membuktikan kebenaran pepatah tersebut. Tibet dapat berkembang pesat ketika masyarakatnya stabil, tetapi, perkembangannya terjejas, bahkan menajdi mundur, apabila keadaan jadi kacau-bilau.

Menurut Qiangba Puncog, pandangan beliau tersebut adalah kesimpulan pengalamannya pada beberapa tahun lalu. Beliau percaya persekitaran yang aman dan damai merupakan jaminan asas bagi pembangunan Tibet. Maka, itulah sebabnya mewujudkan keamanan dan pembangunan menjadi hasrat bersama penduduk Tibet.

Pada tahun 1951, Tibet dibebaskan secara damai. Kerajaan pusat giat membantu Tibet untuk membangunkan sosioekonomi tempatan, termasuk membina jalan raya dan kilang. Namun, kumpulan Dalai mencetuskan pemberontakan dan melarikan diri ke negara lain pada tahun 1959. Perkara ini mengakibatkan masyarakat Tibet bergolak dan hal ini menjejaskan pembangunan di sana. Antara kesannya, per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar Tibet hanya mencatat angka 142 yuan RMB pada tahun 1959. Namun, selepas pemberontakan dipatahkan dan pembaharuan demokratik Tibet dijalankan, sosioekonomi Tibet semakin pulih dan berkembang. Pada tahun 2008, angka tersebut meningkat kepada 13,861 yuan RMB.

Sejak dari dulu hingga ke hari ini, Tibet berkembang kerana keamanan masyarakatnya, dan keamanan masyarakat juga berpunca daripda ketenangan hati penduduknya. Sebelum pembaharuan demokratik dilaksanakan, bangsawan dan sami peringkat tinggi berjumlah kurang daripada 5% daripada jumlah penduduk di Tibet, namun mereka menguasai kebanyakan harta masyarakat Tibet. Manakala hamba pula ditindas dan tidak memiliki harta, tidak berhak belajar bahasa Tibet, dan mustahil menyertai aktiviti pentadbiran. Sistem yang begitu tidak adil ini bukan sahaja mengakibatkan berlakunya pergolakan dalam masyarakat dan pemberontakan, malah menyekat pembangunan Tibet.

Sistem perhambaan yang menggabungkan agama dengan politik yang berjalan di Tibet telah dibatalkan selepas pembaharuan demokratik Tibet dilaksanakan. Sejak masa itu, hamba boleh memiliki tanah dan ternakan sendiri, berkelayakan untuk masuk ke sekolah dan beragama dengan bebas. Wilayah Autonomi Tibet ditubuhkan pada tahun 1965. Kerajaan pusat telah melaksanakan sistem autonomi wilayah etnik minoriti di Tibet supaya hak autonomi Tibet dipelihara dari segi undang-undang.

Selepas penduduk Tibet menjadi tuan tanah di Tibet, mereka menyedari bahawa kejayaan adalah di tangan sendiri. Sekiranya mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh, mereka akan dapat menikmati kehidupan yang baik. Dengan usaha penduduk tempatan dan sokongan daripada kerajaan pusat dan rakyat di tempat lain, Tibet telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pembinaan infrastruktur, pendidikan, perubatan dan kesihatan serta budaya etnik.

Namun, keamanan di Tibet ini pernah terjejas oleh cubaan memecahbelah oleh kumpulan Dalai. Misalnya, dalam rusuhan yang berlaku di Lhasa pada 14 Mac tahun lalu, banyak bangunan termasuk sekolah, kedai, hospital dan rumah penduduk musnah, malah 18 orang awam turut terbunuh.

Rusuhan itu segera ditangani oleh kerajaan. Walaupun ia melahirkan kesan buruk kepada pembangunan sosioekonomi Tibet, tetapi ia tidak dapat mengubah hasrat dan keazaman rakyatnya untuk mewujudkan keamanan dan pembangunan Tibet.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China