Cari:
Media Hong Kong, Makau dan Taiwan Nilai Tinggi Sidang Tahunan NPC dan CPPCC
2009-03-14 18:33:47 CRI Cetak
Media Hong Kong, Makau dan Taiwan hari ini memberikan penilaian yang positif terhadap sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) yang baru berakhir. Selain itu, ucapan Perdana Menteri, Wen Jiabao dalam sidang akhbar semalam, juga mendapat penghargaan tinggi. 

Rencana akhbar "Wen Wei Po" Hong Kong menyebut, laporan kerja kerajaan pusat serta komitmen Wen Jiabao mengenai "China bersiap sedia memperkenalkan pelan rangsangan ekonomi yang baru" itu, menunjukkan ketabahan kerajaan pusat dalam menghadapi kesukaran yang lebih mencabar.

Rencana akhbar "Ta Kung Pao" pula berpendapat, keyakinan terhadap prosepek ekonomi negara yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao, berpunca daripada "penganalisisan yang saintifik dan sikap yang pragmatik."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China