Cari:
Pembaharuan Demokrasti Menjadikan Penduduk Tibet Sebagai Tuah Sendiri
2009-03-23 16:32:13 CRI Cetak

Encik Nyima Tsering yang berusia 76 tahun kini menetap di bandar Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet. Pada masa remajanya, beliau bekerja sebagai hamba kepada tuannya sebelum pembaharuan demokrasi dilaksanakan 50 tahun yang lalu. Ketika mengimbas kembali masa-masa mudanya dahulu, beliau berkata, "Kehidupan pada masa itu sangat susah. Tidak pernah ada makanan yang cukup, sehingga makan pun, hanya sekali sahaja sehari. Sepanjang tahun, saya hanya mempunyai sepasang pakaian sahaja, dan tidak mempunyai kasut. Penindasan oleh tuan kami menyebabkan kami amat susah untuk meneruskan hidup, malah kami kehilangan kebebasan.

Pada zaman dahulu, lebih daripada 95% penduduk Tibet merupakan petani hamba yang tidak mempunyai kebebasan dan kedudukan dari segi politik. Selepas pemberontakan yang dicetuskan oleh golongan pemilik hamba ditumpaskan oleh kerajaan pusat pada tahun 1959, sistem tani hamba turut dimansuhkan, dan penduduk Tibet diberikan hak kebebasan yang berdasarkan Perlembagaan.

Persidangan Kongres Rakyat Pertama Tibet yang diadakan pada bulan September tahun 1965 mengumumkan penubuhan Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet, sekali gus membolehkan penduduk pelbagai kaum di Tibet menyertai pentadbiran Tibet dan negara.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Tibet, A Teng berkata: "Persidangan Kongres Rakyat Pertama Tibet yang diadakan pada tahun 1965 menandakan pelaksanaan sistem autonomi di Tibet. Kongres Rakyat dan Jawatankuasa Rakyat yang ditubuhkan dalam persidangan itu merupakan badan yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran autonomi di Tibet.

Sejak terlaksananya pembaharuan demokrasi pada 50 tahun yang lalu, masyarakat Tibet mengalami perubahan yang amat besar, baik dari segi ekonomi dan kebudayaan, mahupun dari segi kehidupan harian dan pembangunan infrastruktur. Perniagaan moden, industri pelancongan dan sektor teknologi maklumat (IT) juga sudah mencapai perkembangan yang pesat di Tibet. Landasan kereta api Qinghai-Tibet yang beroperasi pada tahun 2007 mengakhiri sejarah tidak terdapatnya kereta api di wilayah autonomi itu.

Dengan perkembangan pemodenan yang pesat, taraf hidup penduduk Tibet juga meningkat dari semasa ke semasa. Kini, jumlah pendapatan setahun perkapita Tibet mencatat angka 3100 yuan RMB, dan purata jangka hayat pula meningkat kepada 67 tahun daripada hanya 35 tahun pada tahun 1950-an. Seorang penyelidik dari Akademi Sains Sosial Tibet, Kelzang Yeshe berkata: "Tibet mengalami perubahan yang bersifat menyeluruh dan amat besar sejak pembaharuan demokrasi dilaksanakan 50 tahun yang lalu. Pada pandangan saya, Tibet tidak mungkin dapat mencapai hasil pembangunan yang begitu cemerlang tanpa perubahan dari segi sistem dan pelaksanaan pembaharuan demokrasi."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China