Sempena "Hari Peringatan Pembebasan Petani Hamba Tibet", seorang penduduk pekan Changzhu menghantar sepucuk suart terbuka kepada petani hamba yang dibebaskan, mengambil contohnya sendiri, menyeru rakyat Tibet menyingkirkan gangguan, menghargai kehidupan bahagia dan membangunkan kampung halaman sosialisme yang baru.
Penulis surat terbuka itu, Sonam Dondrup berkata, surat itu bertujuan untuk mengutarakan suara di sanubari mereka, dan memberitahu orang ramai Tibet lama dan baru yang sebenarnya.
Menurut surat tersebut, kumpulan pro-merdeka yang diketuai oleh Dalai Lama ke-14 tidak pernah membuat sesuatu yang bermanfaat kepada penduduk tempatan, malah tidak pernah berhenti untuk mengganggu dan menjejaskan kehidupan harmoni dan bahagia mereka yang baru. Niatnya, menjadikan Tibet kembali ke keadaan pada 50 tahun yang lalu.
Surat tersebut menyeru petani hamba yang dibebaskan berpadu di bawah pimpinan Parti Komunis China, mendukung sosialisme dan membangunkan kampung halaman sosialisme baru yang harmoni dan stabil.