Cari:
Malaysia Bersedia Terus Tingkatkan Kerjasama dengan China
2009-06-04 14:22:17 CRI Cetak

Malaysia bersedia bekerjasama dengan China untuk terus mempererat kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib ketika menyampaikan ucaputama dalam Forum Perdagangan China-Malaysia di Beijing hari ini.

Datuk Seri Najib berkata, China dan Malaysia merupakan rakan kerjasama strategik dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Dengan latarbelakang krisis kewangan semasa sekarang, kedua-dua negara sepatutnya terus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Menurut pandangan masyarakat antarabangsa, ekonomi Asia akan pulih lebih cepat daripada Benua Eropah dan Amerika. Oleh itu, beliau yakin, ekonomi China akan pulih paling cepat. Beliau mencadangkan, China dan Malaysia terus memperluas kerjasama dalam bidang pembinaan perkhidmatan dan teknologi tinggi. Pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah menyediakan lebih banyak peluang kerjasama ekonomi dan perdagangan kepada kedua-dua pihak. Kerajaan Malaysia akan terus bekerjasama dengan kerajaan China, dan berusaha bersama kalangan usahawan agar mendorong hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Naib Perdana Menteri China, Hui Liangyu, yang turut menghadiri forum, mencadangkan kedua-dua pihak menggunakan peluang semasa untuk meningkatkan kerjasama dan meneroka bidang kerjasama yang baru; mempererat persahabatan antara rakyat kedua-dua negara, meningkatkan hubungan antara kerajaan dan sektor industri perdagangan kedua-dua negara, agar mendorong kerjasama kedua-dua pihak mencapai hasil yang lebih cemerlang.

Upacara menandatangani 16 memorandum persefahaman mengenai kerjasama dua hala telah disaksikan oleh Datuk Seri Najib dan Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China, Wan Jifei.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China