Cari:
Penjenayah di Urumqi Akan Hadapi Hukuman yang Berat
2009-07-07 16:40:37 CRI Cetak

Hukuman yang berat akan dikenakan terhadap penjanayah yang terlibat dalam rusuhan di Urumqi kelmarin yang mengakibatkan 156 orang terkorban serta kerugian besar harta benda.

Setiausaha Bandar Urumqi Parti Komunis China, Li Zhi berkata dalam sidang akhbar hari ini, lebih 1,000 orang ditahan untuk disoal siasat. Mereka yang didapati tidak melakukan kejahatan atau terpengaruh dengan hasutan orang lain akan dibebaskan. Polis akan terus memburu saki baki perusuh yang melarikan diri selepas digempur polis. Kerajaan Urumqi akan berusaha dengan sedaya upaya memelihara keamanan masyarakat dan memastikan keselamatan rakyat dan harta benda mereka terjamin.

(Setiausaha Jawatankuasa Bandar Urumqi Parti Komunis China, Li Zhi )

Lebih 140 wartawan daripada media dalam dan luar China hadir dalam sidang akhbar tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China