Cari:
Vietnam Sokong Tindakan China Tangani Rusuhan 5 Julai Urumqi
2009-07-08 15:56:31 CRI Cetak

Vietnam menyatakan sokongan terhadap tindakan China dalam menangani rusuhan ganas di Urumqi, Xinjiang kelmarin.

Jurucakap Kementerian Luar Vietnam, Le Dung berkata kerajaan Vietnam memberi perhatian besar kepada situasi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China dan percaya kerajaan China sedang mengambil langkah yang berkesan dan sederhana untuk memulihkan kehidupan masyarakat dan memastikan keselamatan dan keamanan di Xinjiang.

Menurut laporan, akhbar World Journal Filipina hari ini menyiarkan rencana pengarang yang mengecam "Kongres Uygur Dunia" kerana menghasut sehingga mencetuskan rusuhan ganas di Urumuqi menyebabkan kematian penduduk yang tidak berdosa. Penjenayah tersebut tidak dibiarkan terlepas daripada hukuman menurut undang-undang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China