Beliau berkata, kejadian rusuhan di Urumqi yang didalangi pemisah bangsa yang berada di luar negara dan dicetuskan penjenayah dalam negeri ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kerajaan perlu memerangi penjenayah dan menumpukan sepenuh tenaga kepada usaha memelihara pembangunan dan keamanan masyarakat.
Tokoh agama terkenal di Xinjiang, Imam Haji Juma Taheer ketika diwawancara wartawan berkata, kumpulan penentang di luar negara selama ini berniat mewujudkan rusuhan di Xinjiang dan cuba merosakkan perpaduan bangsa. Penduduk digesa berwaspadu terhadap tindakan tersebut, supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pemisah yang berselindung di sebalik agama.