Cari:
Delegasi Media ASEAN Melawat CRI
2009-08-03 18:44:14 CRI Cetak

(An Xiaoyu Membuat Penerangan kepada Delegasi)

Delegasi media ASEAN yang terdiri daripada pegawai atau wartawan badan media utama dari negara-negara ASEAN hari ini melawat Radio Antarabangsa China (CRI).

Pengarah Pusat Siaran Kawasan Asia Tenggara CRI, Encik An Xiaoyu memperkenalkan sejarah dan perkembangan CRI kepada tetamu. Anggota delegasi turut mengadakan interaksi dengan pelbagai bahagia bahasa Asia Tenggara.

(Puan Ong Hwee Hwee dan Eliza Han Bersama-sama dengan Pekerja Bahagian Bahasa Melayu)

Antara lain, wartawan dari Straits Times Singapura, Puan Ong Hwee Hwee dan wartawan dari Borneo Bulletin Brunei Darussalam, Puan Eliza Han melawat bahagian bahasa Melayu dan bertukar-tukar pengalaman dengan petugas CRI.

Selain Beijing, delegasi tersebut juga akan mengadakan lawatan dan liputan di Beijing ke provinsi Jiangsu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China