Cari:
China Mempergiat Kerjasama Kewangan Pan Kawasan Teluk Beibu
2009-09-10 10:20:00 CRI Cetak

Kerjasama kewangan merupakan satu komponen penting dalam kerjasama ekonomi Pan Kawasan Teluk Beibu antara China dengan beberapa negara ASEAN. Walaupun krisis kewangan global kini membawa pelbagai cabaran kepada kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu, namun kerjasama antara negara-negara yang terlibat dalam bidang kewangan tetap bergerak ke hadapan.

Naib Gabenor Bank Pusat China, Su Ning dalam forum Kerjasama Ekonomi Pan Teluk Beibu di Nanning, Guangxi China baru-baru ini: "Dalam menghadapi krisis kewangan global pada masa ini, mempergiat pertukaran dan kerjasama antara negara-negara di Pan Kawasan Teluk Beibu dalam bidang kewangan mempunyai erti yang penting dari segi strategi. Ini kerana ia boleh membantu memastikan kepentingan ekonomi dan perkembangan yang pesat dan stabil bagi negara-negara serantau."

Pada bulan April lalu, kerajaan China mengemukakan 8 pendekatan bagi mempergiat kerjasama dengan ASEAN. Ini termasuk, memberi sokongan kewangan kepada syarikat domestik yang melabur di negara ASEAN; menubuhkan Tabung Kerjasama Pelaburan China-ASEAN berjumlah 10 bilion dolar Amerika bagi menyelaraskan taraf infrastruktur antara kedua-dua pihak; memberikan pinjaman kredit sebanyak 15 bilion dolar Amerika kepada negara ASEAN serta menyediakan bantuan khas yang bernilai 270 juta Yuan RMB kepada Kemboja, Laos dan Myanmar.

Walaupun terkena tempias krisis kewangan global, kerjasama kewangan antara negara-negara di Pan Kawasan Teluk Beibu yang semakin rapat memperlihatkan keazaman penuh China dan negara anggota ASEAN untuk mempergiat kerjasama antara satu sama lain. Duta Besar China ke ASEAN, Puan Xue Hanqin berkata: "Keazaman China untuk mempergiat kerjasama dengan ASEAN tidak berubah sedangkan ia kini menghadapi krisis kewangan."

Walaupun China dan negara ASEAN turut merasai beban krisis kewangan global, namun jumlah perdagangan dua hala tetap mencapai 231.1 bilion dolar Amerika, meningkat 13.9% berbanding dengan yang dicapai pada tahun 2007. Antaranya, perdagangan antara China dengan negara ASEAN di kawasan Pan Teluk Beibu hampir 227 bilion dolar Amerika, mewakili 98.2% daripada jumlah perdagangan China-ASEAN. Di samping itu, pelaburan langsung yang dilakukan oleh syarikat China di rantau ASEAN mencapai 2.18 bilion dolar Amerika pada tahun 2008, meningkat 125% berbanding dengan yang diperoleh pada tahun 2007. Kini, semakin banyak syarikat China memandang dengan optimis baik potensi pelaburan di negara ASEAN.

Kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu dijangka akan memainkan peranan penting dalam menjayakan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Dalam konteks ini, kerjasama kewangan antara China dengan negara di kawasan Pan Teluk Beibu dianggap perlu dipertingkatkan. Naib Gabenor Bank Pusat China, Su Ning berkata: "Kerjasama kewangan boleh menjadi peneraju utama bagi pertumbuhan ekonomi serantau. Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara ASEAN di kawasan Pan Teluk Beibu boleh membantu merancakkan kerjasama serantau dalam ekonomi dan kewangan pada keseluruhannya."

Beliau menerangkan, kerajaan menggalakkan institusi kewangan domestik menubuhkan jabatan perwakilan di negara Pan Kawasan Teluk Beibu berdasarkan kemampuan dan strategi sendiri. Di samping itu, institusi kewangan dari negara ASEAN dialu-alukan untuk menubuhkan jabatan mereka di China atau membeli saham milik institusi kewangan domestik. Menurut beliau, hal ini berfaedah bagi mewujudkan iklim persaingan yang adil dan membentuk sistem perkhidmatan kewangan yang boleh menyumbang kepada kerjasama serantau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China