Cari:
Kebangkitan China Memberi Manfaat kepada Asia
2009-09-16 14:49:41 Agensi Berita China Cetak

Pembangunan yang mapan Republik Rakyat China sejak penubuhannya 60 tahun lalu menjadikannya satu kuasa ekonomi yang baru dan besar di dunia. Kebangkitan China bukannya "ancaman" seperti yang dihebohkan oleh sesetengah negara barat, sebaliknya ia berfaedah bagi kemakmuran dan kestabilan Asia. Begitu pula pandangan yang diluahkan oleh Ketua Institut Pengajian Asia Timur Universiti Kebangsaan Singapura, profesor Zheng Yongnian ketika ditemubual oleh wartawan Agensi Berita China baru-baru ini.

Menurut beliau, China bukan sahaja berpegang kepada sikap terbuka ketika meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan negara Asia, malah sentiasa membuka pintu terhadap negara Eropah dan A.S. China mengalami kekurangan dagangan sejak sekian lama dengan negara-negara Asia, termasuk Jepun. Maka, semua negara Asia mendapat faedah daripada perkembangan ekonomi China. Oleh yang demikian, kenyataan yang menyebut "pembangunan China mendatangkan ancaman" hanya dibangkitkan oleh sesetengah negara Barat. Ia dianggap tidak berasas sama sekali oleh negara-negara Asia.

Profesor Zheng Yongnian berkata, hidup bersama dengan harmoni merupakan semangat yang dijunjung dalam budaya dan peradaban bangsa China sejak ribuan tahun yang lalu. Semangat itu telah diwarisi secara turun-temurun hingga sekarang. Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN yang akan siap dibina tidak lama lagi dianggap satu fakta lagi yang membuktikan pembangungan China memberi manfaat kepada Asia, terutama negara-negara ASEAN.

"Apakah negara Asia juga memberi sumbangan kepada China dalam melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka dengan jayanya? " Ketika menjawab pertanyaan wartawan itu, Profesor Zheng Yongnian berkata: "Proses pembangunan China banyak dipengaruhi oleh negara Asia. Sebagai contoh, China telah menimba pengalaman daripada Singapura ketika melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka."

Menurut beliau, terdapat dua orang penasihat asing yang berkhidmat untuk kerajaan China pada awal tahuin 1980-an. Seorang, warga Jepun, dan seorang lagi ialah Naib Perdana Menteri Singapura, Dr Goh Keng Swee. Pemimpin China, Mendiang Deng Xiaoping juga mahu kerajaan China menimba pengalaman Singapura dalam mengembangkan sosioekonomi dan mentadbir negara dengan cekap.

Pada masa itu, banyak delegasi China dihantar ke Singapura untuk meninjau pelbagai sistem pentadbiran Singapura, seperti sistem kewangan, sistem pertukaran mata wang asing dan sistem kebajikan masyarakat.

Profesor Zheng berkata, Zon Industri Singapura yang dibangunkan di Suzhou China juga memberi contoh yang baik kepada usaha penubuhan zon industri di kawasan Delta Sungai Yangtze, terutama ia memperkenalkan konsep pengurusan dan pengawalan yang baru lagi cekap. Kini, Bandar Ekologi Tianjin yang merupakan sebuah lagi program kerjasama besar China-Singapura sedang dilaksanakan di Tianjin, China. Selain itu, Singapura juga merancang untuk menubuhkan sebuah bandar ilmu di Guangzhou, China melalui kerjasama dua hala.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China