Cari:
Kedutaan Besar China di Indonesia Berikan Derma kepada Golongan Miskin Jakarta
2009-09-18 14:39:46 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Indonesia mengadakan upacara pendermaan sempena bulan Ramadan pada 16 September lalu, untuk memberikan derma kepada seramai 300 orang warga emas dan kanak-kanak daripada 30 buah rumah kebajikan di Jakarta. Sumbangan itu dalam bentuk barang-barang kegunaan harian dan 4,000 dolar Amerika.

Pegawai daripada badan kebajikan masyarakat Jakarta merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan pihak Kedutaan Besar China kepada golongan warga emas dan kanak-kanak yang miskin.

Duta Besar China ke Indonesia, Puan Zhang Qiyue ketika berucap dalam upacara pendermaan itu berkata, bahawa walaupun China merupakan sebuah negara membangun yang berbeban berat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan membasmi kemiskinan di dalam negara, namun China bersedia memberikan bantuan kepada Indonesia demi mewujudkan pembangunan bersama.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China