Presiden China, Hu Jintao berlepas dari Beijing menuju ke Malaysia dan Singapura untuk mengadakan lawatan ke kedua-dua negara ini serta menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-17 yang akan diadakan di Singapura.
Beliau diiringi isterinya, Liu Yongqing, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) yang juga Ketua Pengarah Jabatan Am Jawatankuasa Pusat CPC, Ling Jihua, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat CPC yang juga Ketua Jabatan Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat, Wang Huning dan anggota Dewan Negara, Dai Bingguo.