Cari:
Kata Sepakat Kerjasama Strategik China-Malaysia Dicapai
2009-11-11 15:24:20 CRI Cetak

China dan Malaysia mencapai kata sepakat yang luas untuk menjalankan kerjasama strategik. Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan Presiden China, Hu Jintao dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur pagi tadi. Presiden Hu menegaskan China bersedia berusaha untuk terus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan mendorong hubungan kerjasama strategik China-Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata, pemimpin China dan Malaysia telah memberikan daya dorongan yang kuat kepada hubungan kedua-dua negara sejak terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia 35 tahun yang lalu. Menurutnya, kedua-dua pihak perlu melaksanakan "Rancangan Bertindak Bersama Kerjasama Strategik" dan terus meneroka bidang kerjasama yang baru supaya merealisasikan perkembangan bersama. Beliau mencadangkan kedua-dua negara menggunakan syarat bermanfaat yang dibawa menerusi kewujudan zon perdagangan bebas China-ASEAN pada tahun hadapan untuk mendorong perdagangan dua hala di samping terus meningkatkan kerjasama dalam bidang pelaburan, sumber tenaga, kewangan, pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan serta pelancongan.

Datuk Sri Najib pula menyatakan mengenai kesediaan Malaysia meningkatkan interaksi dan penyelarasan dengan China dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau. Beliau berkata, China telah memainkan peranan penting bagi mewujudkan peraturan yang lebih adil dan rasional dalam sektor kewangan antarabangsa. Beliau menyanjung tinggi China yang telah memainkan peranan membina bagi menghadapi krisis kewangan Asia dan antarabangsa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China