Cari:
China dan Malaysia Bersepakat Mempertingkat Kerjasama
2009-11-11 10:39:46 CRI Cetak

China dan Malaysia berpuas hati terhadap trend perkembangan yang baik dalam dua hala dan bersedia mengeratkan kerjasama untuk manfaat rakyat kedua-dua negara, bahkan memberi sumbangan yang lebih besar kepada keamanan dan pembangunan rantau ini.

Perkara itu berbangkit dalam pertemuan rasmi Presiden China, Hu Jintao dengan Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur malam tadi.

Presiden Hu Jintao berkata, China dan Malaysia ialah negara berjiran dan bersahabat baik. Hubungan kedua-duanya berada dalam peringkat yang penting yang berdepan dengan peluang pembangunan yang baru. Ketika situasi serantau mengalami perubahan dan kesan negatif krisis kewangan antarabangsa terus mempengaruhi rantau ini, usaha untuk memperluas kerjasama strategi China-Malaysia bukan sahaja bersesuaian dengan kepentingan bersama, bahkan berfaedah kepada kestabilan dan kemakmuran serantau. China memberi keutamaan terhadap perkembangan hubungan dengan Malaysia dan bersedia mendorong kerjasama dan persahabatan berkembang ke tahap yang baru.

Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, Malaysia dan China mempunyai pandangan yang sama tentang banyak masalah serantau dan antarabangsa serta menjalankan kerjasama yang baik bagi penyelesaiannya. Baginda percaya hubungan Malaysia-China akan terus berkembang pesat.

Pada hari yang sama, Presiden Hu Jintao juga bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China