Malaysia dan China bersetuju untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala. Ia terutamanya dalam bidang minyak sawit dan kayu Malaysia. Ini dinyatakan Perdana Menteri, Datu Seri Najib Tun Razak. Menurut beliau, China telah menjadi salah satu rakan perdagangan terbesar Malaysia.
Sehubungan itu, kedua-dua negara berharap perdagangan dan pelaburan dengan China akan meningkat. China juga katanya berhasrat meningkatkan perdagangan yang berkaitan minyak sawit dan kayu Malaysia. Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Presiden China, Hu Jintao, yang sedang melakukan lawatan sehari ke Malaysia, di Putrajaya. Sebelum itu, kedua-dua pemimpin berkenaan telah bertemu bagi mengadakan mesyuarat delegasi yang diadakan selama kira-kira sejam di tempat yang sama. Ini merupakan lawatan kedua Hu ke negara ini, selepas melawat Malaysia sebagai Naib Presiden pada Mei 2002. Lawatannya juga bersempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.