Cari:
China-Singapura Akan Terus Tingkatkan Kerjasama Dalam Sektor Kewangan
2009-11-13 11:19:19 CRI Cetak

China-Singapura akan terus meningkatkan kerjasama dalam bidang kewangan. Demikian kata sepakat yang dicapai oleh Presiden China, Hu Jintao dengan Menteri Kanan Singapura, Goh Chok Tong dalam pertemuan mereka semalam.

Presiden Hu berkata, kerajaan menggalakkan pelbagai tempat China menjalankan kerjasama dengan Singapura. Beliau berharap kedua-dua pihak menggunakan kelebihan yang saling melengkapi supaya meneroka bidang dan kaedah kerjasama yang baru. Selain itu, China bersedia membincangkan beberapa topik kewangan seperti pembaharuan sistem kewangan antarabangsa dan pengawasan kewangan antarabangsa dengan Singapura.

Goh Chok Tong berharap kedua-dua pihak terus menjalankan kerjasama dalam sektor perkembangan berterusan, meneruskan pembinaan kota ekologi Tianjin, China di samping meningkatkan interaksi dalam sektor kewangan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China