Cari:
Lawatan Presiden Hu ke Singapura Menarik Perhatian Media Tempatan
2009-11-13 15:58:37 CRI Cetak

Pelbagai media utama Singapura memberi perhatian utama terhadap lawatan Presiden China Hu Jintao ke negara itu.

Akhbar yang berbahasa Mandarin yang paling terkemuka di Singapura, Lianhe Zaobao melaporkan lawatan Presiden Hu pada muka depan dengan berita dan rencana bergambar. Menurut sebuah rencana yang bertajuk "pencapaian berterusan", lawatan Presiden Hu ke Singapura ini mewujudkan suasana baik hubungan dua hala sebelum ulang tahun ke-20 jalinan hubungan diplomatik China-Singapura. Tajuk utama muka depan akhbar itu ialah "Hubungan Singapura-China Terus Dipertingkatkan". Muka ke-6 disediakan sebagai laporan khas tentang lawatan Presiden Hu.

Selain itu, akhbar tempatan yang berbahasa Inggeris termasuk Strait Times, Business Times dan Today melaporkan ucapan Presiden Hu dalam jamuan alu-aluan golongan industri dan perniagaan serta persatuan persahabatan Singapura.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China