Cari:
Sidang Kemuncak CEO APEC Dirasmikan
2009-11-13 16:00:19 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dirasmikan di Singapura pagi tadi. Semasa berucap merasmikannya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyeru anggota APEC dan pertubuhan kewangan antarabangsa serta golongan perusahaan berusaha bersama untuk merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Tajuk sidang kali ini ialah "membina semula ekonomi dunia: krisis dan peluang". Sidang tersebut dianjur untuk mewujudkan peluang bagi pemimpin, pegawai kerajaan, sarjana dan media penerangan anggota APEC berinteraksi antara satu sama lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China