Cari:
Presiden Hu Jintao Kemukakan Empat Cadangan dalam Sidang Kemuncak CEO APEC
2009-11-13 16:43:53 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao mengemukakan 4 cadangan mengenai pertumbuhan ekonomi global ketika berucap dalam Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Cadangan tersebut ialah mendorong perdagangan dan pelaburan menjadi lebih bebas dan mudah, mendorong integrasi ekonomi serantau, mendorong inovasi sistem kewangan antarabangsa dan mendorong pengubahsuaian kaedah pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata, pelbagai pihak perlu menyelesaikan masalah yang mendalam dalam ekonomi global supaya mewujudkan asas kukuh bagi pemulihan ekonomi.

Menurut beliau, langkah-langkah yang diambil China untuk menghadapi krisi kewangan global bermanfaat bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi China sendiri di samping menyediakan lebih banyak peluang kepada negara-negara lain termasuk golongan industri dan perniagaan di rantau Asia Pasifik.

Beliau mengalu-alukan tokoh-tokoh industri dan perniagaan Asia Pasifik menyertai projek pembangunan China dan terus memainkan peranan yang aktif bagi mendorong pertumbuhan berterusan ekonomi dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China