Sidang Tidak Rasmi Pmimpin ke-17 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dirasmikan di Singapura pagi tadi. Pemimpin atau wakil dari 21 anggota APEC yang menghadiri sidang tersebut akan membincangkan beberapa topik seperti menghadapi krisis kewangan global, perubahan iklim, menentang perlindungan perdagangan, mewujudkan sistem perdagangan pelbagai hala dan mendorong integrasi serantau dalam tempoh dua hari berlangsungnya sidang tersebut.
Presiden China, Hu Jintao akan menerangkan pendirian kerajaannya tentang beberapa masalah berkenaan dalam sidang tersebut.