Cari:
Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Ke-17 APEC Dirasmikan
2009-11-14 18:28:02 CRI Cetak

Sidang Tidak Rasmi Pmimpin ke-17 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dirasmikan di Singapura pagi tadi. Presiden China, Hu Jintao telah menyampaikan ucapan mengenai kewujudan sistem perdagangan pelbagai hala dalam sidang tersebut.

Beliau berkata, anggota APEC perlu mengekalkan kestabilan sistem perdagangan pelbagai hala dan mendorong proses rundingan pusingan Doha. Menurut beliau, ini bukan sahaja bermanfaat bagi peningkatan tarafnya perdagangan antarabangsa, membendung amalan perlindungan perdagangan dan menjana pemulihan pertumbuhan ekonomi, malah juga selaras dengan kepentingan pelbagai pihak, terutama anggota negara membangun APEC dalam krisis kewangan global.

Presiden Hu berkata, China tetap menyokong kewujudkan sistem perdagangan pelbagai hala yang adil, rasional dan tanpa diskriminasi. Katanya, China bersedia berusaha bersama-sama untuk mendorong rundingan pusing Doha mencapai hasil yang menyeluruh dan seimbang.

Beliau juga mengumumkan kerajaan China akan mengeluarkan 10 juta dolar Amerika sebagai tabung negara ini untuk menggalakkan dan membantu jabatan berkenaan dan sektor korporat domestik menyertai kerjasama teknologi APEC.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China