Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC ke-17 berlangsung di Singapura hari ini. Pemimpin-pemimpin dari 21 entiti ekonomi di Asia Pasifik turut hadir dalam sidang itu dan berbincang tentang beberapa topic seperti kaedah untuk menghadapi krisis kewangan global, memulihkan pertumbuhan ekonomi dunia, dan mempergiat integrasi serantau.
Sidang tutup fasa awal Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC ke-17 berlangsung di Jabatan Presiden Singapura petang tadi. Dalam tempoh sidang selama dua jam itu, para peserta berbincang mengenai kaedah untuk "menghubungkan serantau". Presiden China, Hu Jintao menyampaikan ucapan mengenai usaha menyokong sistem perdagangan pelbagai hala. Jurucakap Kementerian Luar China, Encik Ma Zhaoxu menjelaskan: "Menurut Presiden Hu, dalam menghadapi krisis kewangan global, memelihara kestabilan sistem perdagangan pelbagai hala dan menggalakkan rundingan pusingan Doha amat membantu untuk meningkatkan tahap keterbukaan perdagangan antarabangsa, merencatkan perlindungan perdagangan, mendorong pemulihan ekonomi dunia, dan menangani krisis kewangan global, terutamanya di negara-negara membangun."
Presiden Hu turut membentangkan tindakan China untuk merencatkan perlindungan perdagangan. Encik Ma menyatakan bahawa: "Presiden Hu menjelaskan bahawa China menyokong kebebasan perdagangan dan pelaburan. Sentiasa berusaha untuk mewujudkan sistem perdagangan pelbagai hala yang adil, rasional dan anti-diskriminasi, dan bersikap membina ketika menyertai rundingan pusingan Doha. China bersedia berusaha bersama-sama pelbagai pihak supaya rundingan pusinga Doha mencapai hasil yang cemerlang."
Tahun ini ulang tahun ke-20 tertubuhnya APEC. Walaupun pertubuhan ini memainkan peranan yang positif dalam pertumbuhan ekonomi serantau dan dunia, namun ia tetap menghadapi beberapa masalah dan cabaran. Sehubungan dengan itu, Presiden Hu mengemukakan tiga cadangan dalam ucapannya. Pertama, sebagai perancang dan peneroka kebebasan perdagangan dan pelaburan serantau APEC perlu terus mendorong proses kebebasan perdagangan dan pelaburan serantau. Kedua, APEC perlu meningkatkan peruntukan untuk mempergiat kerjasama ekonomi dan teknologi. Terutamanya, memberikan bantuan kepada negara-negara membangun. Dan ketiga, APEC perlu melaksanakan pembaharuan dan inovasi, berusaha meningkatkan kedinamikan mekanisme pertubuhan sendiri.
Presiden Hu turut mengumumkan bahawa pihaknya akan memperuntukkan 10 juta dolar Amerika menubuhkan tabung kerjasama APEC China untuk menggalakkan dan menyokong badan dan perusahaan China berkaitan melibatkan diri dalam kerjasama ekonomi dan teknologi pertubuhan ini.
Menurut Encik Ma, ucapan Presiden Hu tersebut menunjukkan arah aliran perkembangan APEC dan mendapat sambutan para peserta."