Demikian diumumkan dalam Perisytiharaan Singapura dengan sebutan lengkapnya "Perisytiharaan Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-17 –Mendorong Pertumbuhan secara Berterusan dan Mempererat Hubungan Serantau" yang dikeluarkan semalam.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika berucap dalam upacara membaca perisytiharaan tersebut menyebut, rantau Asia-Pasifik memaikan peranan yang penting dalam pemulihan ekonomi sejagat dan semua anggota APEC memerlukan strategik yang baru bagi membangkitkan pertumbuhan ekonomi, iaitu perkembangan secara seimbang, terbuka dan berterusan.
Menurut perisytiharaan tersebut, anggota APEC akan terus melaksanakan dasar merangsang ekonomi. Pemimpin-pemimpin APEC juga menegaskan lagi kesediaan mereka bagi mendorong Rundingan Pusingan Doha mencapai kemajuan dan hasil yang berkenaan menjelang penhujung tahun 2010. Selain itu, mereka akan giat mewujudkan Matlamat Bogor supaya mempercepatkan integerasi ekonomi serantau Asia-Pasifik.