Cari:
China Bersedia Bersama-sama Pelbagai Pihak Mendorong Pertumbuhan Ekonomi Dunia yang Berterusan
2009-11-15 15:39:07 CRI Cetak

Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-17 telah ditutup di Singapura hari ini. Presiden China, Hu Jintao dalam ucapannya menyeru pelbagai pihak berusaha bersama-sama untuk mengekalkan trend pemulihan ekonomi dunia, mendorong pertumbuhan ekonomi dunia yang seimbang. Beliau menyatakan, China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menghadapi cabaran, memberi sumbangan bagi pertumbuhan ekonomi dunia yang inklusif, berterusan dan seimbang. 

Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-17 dibahagikan kepada dua fasa. Dalam sidang fasa pertama yang diadakan semalam, para peserta telah bertukar-tukar pendapat tentang "menghubungkan rantau", dan pada fasa kedua hari ini pula, pelbagai pihak membincangkan dengan utama kaedah untuk "mengekalkan pertumbuhan". Pada satu tahun sebelumnya, para pemimpin APEC pernah berjanji kepada dunia dalam Sidang Kemuncak di Lima, bahawa menentang perlindungan ekonomi dalam sebarang bentuk, mengambil tindakan secara menyeluruh dan menyelaras untuk menghadapi krisis kewangan antarabangsa yang berlaku secara mendadak. Walaupun ekonomi dunia sedang kelihatan pulih, akan tetapi prospek pertumbuhan ekonomi tetap tidak menentu. Di samping itu, perlindungan perdagangan dan pelaburan mulai muncul di rantau Asia Pasifik. Dalam sidang fasa pertama Sidang Tidak Rasmi kali ini, Presiden Hu dalam ucapan panduannya yang mengenai menyokong sistem perdagangan pelbagai hala, menyeru untuk meningkatkan taraf keterbukaan perdagangan antarabangsa, merencatkan perlindungan perdagangan. Dalam sidang itu, Presiden Hu telah mengemukakan cadangan untuk mengekalkan trend pemulihan ekonomi dan mendorong ekonomi dunia berkembang secara seimbang.

Presiden Hu dalam ucapannya menegaskan, bahawa kesan krisis kewangan antarabangsa yang tetap wujud, isu-isu global seperti perubahan iklim, keselamatan bahan makanan yang semakin menonjol, menjejaskan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia-Pasifik dan dunia. Pada masa ini, negara-negara di dunia perlu memegang konsep kerjasama secara terbuka dan saling menguntungkan, untuk mengekalkan trend pemulihan ekonomi dunia, dan mewujdukan ekonomi berkembang secara seimbang. Untuk ini, Presiden Hu mengemukakan cadangan agar semua negara berusaha bagi mendorong ekonomi dunia berkembang secara menyeluruh, berterusan, inklusif dan seimbang.

Presiden Hu berharap pelbagai entiti APEC memelihara kestabilan dan berterusan dasar ekonomi makro, mengambil tindakan yang berkesan untuk menggiatkan penggunaan dan keperluan domestik, memelihara sistem perdagangan dan pelaburan global yang adil, bebas dan terbuka. Selain mendorong pertumbuhan ekonomi mengoptimumkan struktur sumber tenaga, negara-negara juga perlu meningkatkan taraf industri, mengembangkan ekonomi hijau, dan menghasilkan sumber pertumbuhan ekonomi yang baru. Menurut beliau, ketika mengembangkan ekonomi secara berterusan, negara-negara maju perlu menyediakan dana, memindahkan teknologi, dan memberikan sokongan pembinaan kapasiti kepada negara-negara membangun.

Presiden Hu menyeru semua negara meningkatkan mutu pertumbuhan ekonomi, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, dan menyelesaikan masalah hidup rakyat. Di samping itu, beliau juga berpendapat badan-badan kewangan antarabangsa perlu membantu negara-negara membangun untuk mengekalkan kestabilan kewangan, mendorong pertumbuhan ekonomi, meningkatkan keupayaan untuk menghadapi krisis ekonomi, dan memulihkan ekonomi.

Dalam ucapannya, Presiden Hu mengulangi pendirian China yang menyertai secara aktif kerjasama APEC dalam pelbagai bidang. Beliau menyatakan bahawa China sentiasa mengejar keamanan, terbuka dan kerjasama, serta bersedia memberi sumbangan untuk mewujudkan kedamaian, kemakmuran bersama dan keharmonian di dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China