Cari:
China dan Malaysia Berpuas Hati dengan Perkembangan Hubungan Dua Hala
2009-12-04 10:21:48 CRI Cetak

Dalam tempoh 35 tahun lalu sejak terjalinnya hubungan diplomatik, hubungan antara China dengan Malaysia berkembang lancar, kepercayaan politik semakin bertambah, dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan mencapai hasil yang memuaskan.

Demikian dinyatakan Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Liu Qi dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Malaysia, yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Beliau menyatakan penghargaannya terhadap hubungan antara Parti Komunis China dengan UMNO sejak sekian lama.

Datuk Seri Najib berkata, hubungan Malaysia-China kini berada pada peringkat yang paling baik. Kedua-dua parti diharap mempertingkatkan lagi interaksi dan kerjasama.

Liu Qi tiba di Kuala Lumpur pada malam 2 Disember untuk mengadakan lawatan persahabatan ke Malaysia selepas  mengakhiri lawatan ke Indonesia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China