Cari:
China Berusaha Ambil Tindakan untuk Kurangkan Pelepasan Gas rumah Hijau
2009-12-04 17:02:07 CRI Cetak
Dengan berlangsungnya persidangan mengenai perubahan iklim di Copenhagen pada minggu depan, masalah perubahan iklim sekali lagi menjadi fokus dunia. Dalam masa beberapa tahun yang lalu, kerajaan China sentiasa memberikan perhatian yang berat kepada masalah tersebut di samping masalah menggalakkan pembangunan yang berterusan. Pada setiap peringkat pembangunan, kerajaan China telah menetapkan sasarannya berkait dengan isu ini, dan mengambil tindakan yang sesuai dan berkesan menurut keadaan sebenar di negara ini.

Baru-baru ini, unit janakuasa elektrik yang dimiliki oleh Syrikat Industri Kimia Shuangshi Bhad. di bandar Zhangjiaggang Provinsi Jiangsu telah beroperasi secara rasmi. Naib Pengurus Besar syarikat itu, Encik Yuan Yafei memberitahu wartawan bahawa dalam tempoh dua tahun yang lalu, syarikatnya telah melabur sebanyak 600 juta yuan RMB untuk membina sistem kitaran sisa gas yang dikeluarkan daripada proses pengeluaran. Dengan berbuat demikian, syarikatnya tidak perlu menggunakan sumber tenaga yang lain, kerana sisa gas yang dikitar semula itu cukup untuk menggerakkan janakuasa elektriknya. Kata Beliau:

"Kami mengumpul sisa gas yang dikeluarkan daripada asid sulfurik pada suhu yang tinggi, sederhana dan rendah. Tenaga ini dapat menggerakkan janakuasa elektrik 50 ribu kilowat per jam. Ini dijangka akan mendatangkan keuntungan sebanyak 250 juta yuan RMB setiap tahun kepada kami."

Hakikatnya, masih terdapat banyak syarikat seumpama syarikat tersebut yang berusaha menjimatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau melalui teknologi yang dibaharui. Setakat setengah tahun pertama tahun ini, penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK di China telah turun 13% berbanding dengan tahun 2005, dan sasaran untuk menurunkan 20% menjelang tahun 2010 mungkin dapat dicapai menurut jadual.

Ketua Pengarah Program Pembangunan PBB, Puan Helen Clark ketika mengadakan lawatan ke Beijing baru-baru ini menyatakan bahawa pengalaman daripada China amat berharga dan boleh dipelajari oleh negara lain. Kata beliau:

"Pertama, China mengamalkan dasar perlindungan alam sekitar di samping membangunkan ekonomi. Dan, kedua, China pernah menawarkan teknologi yang diperlukan untuk mengembangkan ekonomi dengan pelepasan karbon dioksida yang rendah kepada negara lain seperti teknologi janakuasa tenaga angin dan kereta api laju. Mereka juga akan turut berbuat demikian pada masa depan."

Sempena Persidangan Copenhagen yang akan diadakan, China mengumumkan bahawa pelepasan karbon dioksida untuk seunit KDNK di negara ini akan diturunkan antara 40% hingga 45% menjelang tahun 2020 berbanding dengan tahun 2005.

Ekonomi China, sebagai negara membangun yang terbesar dan mempunyai bilangan penduduk yang paling banyak di dunia, masih berada pada taraf rendah. Jadi, bukanlah senang bagi China untuk mencapai sasaran tersebut. Namun begitu, kerajaan China berpegang kepada sikap yang bertanggungjawab, bukan sahaja terhadap rakyat China, malah terhadap rakyat seluruh dunia. China akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai sasaran yang dijanjikan itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China