Cari:
Ekonomi China Pulih dengan Pesat pada Bulan November
2009-12-12 15:30:52 CRI Cetak

Biro Statistik Negara China, Jabatan Kastam Negara, Bank Rakyat China dan Kementerian Kewangan mengumumkan angka-angka mengenai ekonomi domestik pada bulan November semalam. Agensi Berita Xinhua menganalisis bahawa menurut angka-angka tersebut, ekonomi China pulih dengan pesat pada bulan November, sekali gus muncul beberapa perubahan yang baru.

Pertama, Indeks Harga Pengguna (CPI) naik semula buat kali pertama dalam tempoh sembilan bulan lalu, iaitu meningkat 0.6% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Jurucakap Biro Statistik Negara, Sheng Laiyun berkata, inflasi tidak berlaku di China sekarang.

Kedua, jumlah import eksport China pada bulan November meningkat 9.8%.

Selain itu, dengan kadar pertumbuhan 19.2%, sektor industri China mengekalkan peningkatannya berturut-turut dalam tempoh tujuh bulan yang lalu. Selain itu, pelaburan di seluruh negara dan jumlah jualan runcit masih berada pada paras yang tinggi walaupun kadar pertumbuhan dalam kedua-dua bidang tersebut turun sedikit.

Pada masa yang sama, pendapatan negara meningkat 32.6% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Maka sasaran yang ditetapkan dalam bidang itu akan wujud dengan mudah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China