Cari:
China Berharap Persidangan Copenhagen Capai Hasil yang Menggalakkan
2009-12-12 15:32:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Semasa berlangsungnya Persidangan Copenhagen mengenai masalah perubahan iklim yang disandarkan harapan yang besar oleh masyarakat antarabangsa, kerajaan China berharap persidangan kali ini mencapai hasil yang menggalakkan.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Delegasi Tetap China ke PBB mengenai masalah perubahan iklim semalam, Naib wakil tetap China ke PBB, Liu Zhenmin berkata, Persidangan Copenhagen sewajarnya bertujuan untuk mencapai persepakatan supaya Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB dan Protokol Kyoto dikeksanakan dengan menyeluruh, berkesan dan berterusan. Persidangan itu diharapkan mencapai persepakatan tentang melambatkan proses pemanasan global, memindah teknologi dan memberi sokongan dana.

Liu Zhenmin berkata, dengan mengekalkan prinsip dan rangka asas yang ditetapkan dalam Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB dan Protokol Kyoto dan mentaati peraturan dan sasaran dalam "Peta Garisan Bali" barulah dapat memastikan Persidangan Copenhagen diadakan dengan berjaya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China