Cari:
Protokol Kyoto Mustahil Digantikan
2009-12-12 15:58:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Protokol Kyoto mustahil digantikan. Persidangan Copenhagen sepatutnya merupakan langkah susulan untuk meneruskan proses Protokol Kyoto.

Demikian dinyatakan Naib wakil tetap China ke PBB, Liu Zhenmin dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Delegasi Tetap China ke PBB mengenai masalah perubahan iklim semalam.

Liu Zhenmin berkata, China tidak bersetuju dengan pandangan tentang perjanjian yang bersifat undang-undang yang perlu dicapai dalam Persidangan Copenhagen untuk menggantikan Protokol Kyoto. Sebenarnya, Protokol Kyoto, sebuah kompenen Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB, sudah menetapkan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang mesti dicapai oleh negara maju dalam tempoh pertama, iaitu dari tahun 2008 hingga 2012. Maka, Protokol Kyoto sebagai satu dokumen perundangan yang mengandungi banyak fasal dan mekanisme, akan terus berfungsi selepas tahun 2012.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China