Cari:
China Meningkatkan Usaha Pembangunan di Kawasan Tempat Tinggal Etnik Minoriti
2009-12-22 16:56:32 CRI Cetak

Pembangunan merupakan tugas utama dalam usaha memajukan etnik minoriti dan juga menjadi jalan yang penting untuk menyelesaikan isu perkauman di China. Demikian ditegaskan oleh Naib Perdana Menteri China, Hui Liangyu dalam mesyuarat pleno Suruhanjaya Hal Ehwal Perkauman Negara di Beijing semalam. Menurut beliau, kerajaan akan terus mengamalkan dasar keutamaan di samping meningkatkan peruntukan bagi mendorong pembangunan kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti di seluruh negara.

Naib Perdana Menteri itu berkata, walaupun mengalami kesan negatif daripada beberapa peristiwa pada tahun lalu, terutamanya krisis kewangan global, namun pembangunan di kawasan tempat tinggal penduduk etnik minoriti tetap menunjukkan trend perkembangan yang baik. Ini dilaksanakan berdasarkan kepada pelbagai dasar keutamaan yang disediakan oleh kerajaan. Kata beliau: "Pembangunan merupakan tugas utama kita dalam usaha memajukan etnik minoriti, dan juga menjadi jalan asas bagi menyelesaikan isu perkauman di negara kita. Usaha mempercepat pembangunan di kawasan tempat tinggal etnik minoriti perlu berfokus kepada kerja-kerja seperti menyempurnakan kemudahan infrastruktur bagi kemudahan asas, meningkatkan taraf hidup penduduk etnik minoriti dan menggalakkan pembangunan yang sesuai dengan keadaan tempatan."

Dengan terlaksananya pakej rangsangan ekonomi oleh kerajaan pusat, ekonomi di kawasan etnik minoriti mula kembali pulih, malah menunjukkan trend perkembangan yang baik pada tahun ini. Pelaburan untuk pembinaan infrastuktur yang berjumlah besar telah memberikan kesan secara langsung untuk pertumbuhan ekonomi. Di Xinjiang, walaupun mengalami kesan negatif daripada krisis kewangan global dan perisitiwa rusuhan pada 5 Julai yang lalu, namun sesetengah projek pembinaan infrastruktur tetap berjalan dengan lancar. Sehingga bulan November lalu, sebanyak 5500 projek yang melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak 23.8 bilion Yuan RMB telah dilaksanakan di Xinjiang.

Di samping menerajui pertumbuhan ekonomi, usaha meningkatkan taraf hidup penduduk etnik minoriti juga diutamakan oleh kerajaan pelbagai peringkat. Beberapa banyak projek yang bertujuan memperbaiki kehidupan penduduk telah dilaksanakan di kawasan etnik minorit, seperti pembinaan rumah untuk penduduk yang berpendapatan rendah, projek bekalan air minuman yang bersih dan usaha memperbaiki bangunan sekolah menengah di kawasan desa. Selain itu, sektor yang mempunyai kelebihan tersendiri di kawasan etnik minoriti seperti sektor pelancongan dan restoran juga berkembang dengan pesat. Ia sekali gus membantu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan.

Menurut Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Du Ying, pihaknya akan terus berusaha mendorong pembangunan sosial dan industri yang mempunyai keistimewaan di kawasan etnik minoriti, demi mencapai matlamat untuk memperbaiki kehidupan penduduk tempatan. Kata beliau: "Kami akan terus meningkatkan usaha pembinaan infrastruktur dan pembangunan ekologi, di samping menggalakkan perkembangan industri yang istimewa di kawasan etnik minoriti, termasuk industri perlombongan, pelancongan dan sektor kraftangan. Di samping itu, kami juga akan membantu kawasan tersebut dalam mengubah kaedah pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula industrinya, agar meningkatkan kemampuan untuk menjayakan sendiri pembangunannya."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China