Cari:
Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Menguntungkan Kedua-dua Pihak
2009-12-29 18:37:19 CRI Cetak
Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN ( CAFTA) akan siap dibina pada 1 Januari tahun depan. Kaunselor Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhang Kening dan Utusan Khas Kedutaan Besar Thailand di China, iaitu negara pengerusi bergilir ASEAN, Encik Warawudh Chuwiruch bersepakat menyatakan di Beijing hari ini bahawa CAFTA yang akan ditubuhkan itu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan akan mendorong pertumbuhan ekonomi China dan ASEAN.

Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN merupakan kawasan perdagangan bebas dengan pihak luar yang pertama bagi China. Begitu juga bagi ASEAN, ia merupakan kawasan perdagangan bebas yang dengan luar. CAFTA sebagai kawasan perdagangan bebas yang ketiga terbesar di dunia ini akan memberikan keuntungan kepada 1.9 bilion orang. Dalam sidang akhbar pagi tadi, Encik Zhang Kening menjelaskan bahawa selepas CAFTA siap dibina, pemansuhan tarif akan dilakukan dalam perdagangan barangan antara kedua-dua pihak. Kata beliau,

"Bermula 1 Januari tahun depan, lebih 90% daripada produk China dan enam negara anggota ASEAN (Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam) tidak akan dikenakan lagi tarif. Tarif China terhadap produk ASEAN akan dikurangkan daripada 9.8% kepada 0.1%. Pada masa yang sama, enam buah negara ASEAN itu pula akan mengurangkan tarif terhadap produk China daripada 12.8% kepada 0.6%. China dan empat buah negara ASEAN yang lain juga akan berusaha mewujudkan tarif sifar terhadap lebih 90% produk antara satu sama lain."

Ketika membincangkan isu sama ada pengurangan tarif dengan skop yang besar sehingga import meningkat dengan banyak, akan menyebabkan industri berkenaan bagi kedua-dua pihak menerima tamparan, Encik Zhang Kening menyatakan bahawa China dan negara-negara ASEAN boleh saling melengkapi dalam pelbagai sektor. Selain itu, struktur produk eksport kedua-dua pihak juga amat berbeza. Maka, CAFTA akan membolehkan kedua-dua pihak mengekalkan kelebihan sendiri dan mewujudkan muafakat bestari. Zhang Kening berkata,

"Walaupun China dan negara ASEAN masing-masing mempunyai banyak syarikat berorentasi eksport, tetapi kedua-dua pihak boleh saling melengkapi dalam banyak bidang, contohnya antara produk China yang dieksport kepada ASEAN, seperti kapal, besi dan keluli, tekstil, pakaian dan barangan buatan tembikar lebih banyak. Manakala China banyak mengimport barang atau produk bersifat sumber dari ASEAN, seperti barangan tembaga dan getah. Penubuhan CAFTA akan mengintensifkan proses saling melengkapi antara kedua-dua pihak dan memperbaiki struktur perdagangan masing-masing."

Selepas CAFTA siap dibina, pelaburan antara syarikat kedua-dua pihak akan menjadi lebih mudah. Menurut Perjanjian Pelaburan CAFTA yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak, China dan ASEAN akan memberikan layanan sama kepada warganegara kedua-dua pihak, layanan keutamaan negara, dan layanan yang saksama dan adil kepada pelabur antara satu sama lain. Dalam sidang akhbar tersebut, Encik Warawudh Chuwiruch menyatakan bahawa negara-negara ASEAN akan memenuhi harapan terhadap peningkatan pelaburan dengan China. Kata beliau,

"Kawasan perdagangan bebas yang akan siap dibina ini merangkumi kawasan seluas 13 juta kilometer persegi dan memberikan keuntungan kepada 1.9 bilion orang. Kementerian Perdagangan Thailand sekarang sedang menjelaskan kepada syarikat domestik tentang peluang yang dibawa oleh CAFTA. Selain itu, Malaysia dan Singapura telah mengeluarkan dasar dalam usaha untuk menarik pelabur China. Negara-negara ASEAN telah menyedari keistimewaan kawasan perdagangan bebas ini dan akan berusaha melaksanakan dasar CAFTA."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China