Cari:
Majlis Anugerah "Suriaku di China" Aktiviti Pendengar CRI Diadakan di Malaysia
2010-01-17 17:24:44 CRI Cetak

Empat orang pendengar Malaysia memenang hadiah untuk melancong ke Beijing secara percuma dan boleh ditemani seorang lagi.

Majlis anugerah pemenang dalam aktiviti pendengar yang bertema "Suriaku di China" yang dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI) dan Radio "Suria" Malaysia diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Puan Heng Seai Kie dalam majlis tersebut menyatakan aktiviti ini merupakan julung kalinya bagi Malaysia dan mendapat sambutan hangat para pendengar. Beliau berharap kedua-dua stesyen radio tersebut terus meningkatkan kerjasama supaya menyediakan lebih banyak program bahasa Melayu yang bermutu bagi pendengar di Malaysia.

Kaunselor hal ehwal politik Kedutaan Besar China di Malaysia, Gu Jingqi pula menyatakan pihak media  kedua-dua negara perlu terus berusaha bersama-sama agar memberi sumbangan lebih besar bagi memperkukuh persahabatan rakyat China-Malaysia.

Lebih 50 orang termasuk Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Abdul Majid Ahmad Khan, pemenang dan wakil media Malaysia lain turut hadir dalam majlis tersebut.

Kaunselor hal ehwal politik Kedutaan Besar China di Malaysia, Gu Jingqi.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Puan Heng Seai Kie.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China