Cari:
CAFTA Membawa Peluang dan juga Cabaran kepada Provinsi Yunnan, China
2010-02-08 15:46:57 CRI Cetak

Provinsi Yunnan yang terletak di bahagian barat daya China mempunyai garis sempadan sepanjang lebih 4000 kilometer dengan tiga buah negara ASEAN, iaitu Vietnam, Myanmar dan Laos. Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Provinsi Yunnan dengan ketiga-tiga negara ASEAN tersebut dijangka akan bertambah erat lagi selepas wujudnya Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) pada 1 Januari lalu, kerana lebih 90% perdagangan dua hala boleh menikmati status bebas tarif. Menurut ahli penyelidik Akademi Sains Sosial Yunnan, Encik Chen Tiejun, CAFTA merupakan satu peluang besar bagi Provinsi Yunnan yang kedudukannya berhampiran dengan ASEAN. Kata beliau: "Kos perdagangan akan menurun dengan ketara selepas CAFTA diwujudkan. Dengan ini, jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara ASEAN dijangka meningkat dengan banyak, khususnya bagi Provinsi Yuannan yang memandang ASEAN sebagai rakan perdagangan terbesar baginya."

Kini, jumlah pelaburan Provinsi Yuannan di seberang laut menduduki tempat ke-10 di seluruh negara. Kebanyakan pelaburan tersebut adalah di negara-negara ASEAN yang berhampiran dengannya. Menurut Encik Chen Tiejun, perjanjian memudahkan pelaburan seperti yang terkandung dalam rangka CAFTA akan merancakkan kegiatan pelaburan antara kedua-dua pihak di samping memberikan peluang kepada perkembangan sektor perdagangan. Beliau berkata: "Jumlah perdagangan perkhidmatan akan meningkat lagi selepas wujudnya CAFTA. Kos perdagangan perkhidmatan antara Yunnan dengan negara ASEAN akan menurun dengan ketara kerana kita mempunyai kelebihan dari segi geografi. Hal ini akan mempercepat kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang pengangkutan, pelancongan dan juga perkhdimatan kewangan."

Kini, kerjasama pelancongan antara Yunnan dengan negara-negara ASEAN menyasarkan pembentukan "lingkaran pelancongan emas di subkawasan Sungai Mekong". Ia bertujuan mengemaskini sumber-sumber pelancongan antara satu sama lain dan mendorong perkembangan sektor pelancongan serantau. Menurut Encik Chen Tiejun, kerjasama pelancongan ini juga akan membantu merancakkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang yang lain, termasuk logistik, kewangan dan perkongsian maklumat. Kegiatan perdagangan perkhidmatan juga semakin mudah dilakukan dengan perhubungan pengangkutan yang kian sempurna, terutama setelah beroperasinya laluan perkapalan di Sungai Mekong dan jalan raya yang menghubungkan Kunming, iaitu ibu kota Provinsi Yunnan dengan Bangkok.

Selain kerjasama antara sektor pelancongan, Chen Tiejun juga menyeru supaya kedua-dua pihak memperluas perdagangan perkhidmatan dalam bidang pendidikan, kesihatan serta sains dan teknologi. Sekarang, lebih 4,000 orang pelajar dari negara ASEAN melanjutkan belajaran mereka di Yunnan setiap tahun. Pelajar dari negara Asia Tenggara bukan sahaja terdapat di institut pengajian tinggi, tetapi juga di sekolah rendah dan sekolah menengah. Di Akademi Honghe Yunnan yang sedang menuntut di sahaja, terdapat lebih 800 orang pelajar dari Vietnam belajar di sana. Interaksi pendidikan dan kebudayaan seperti ini bakal memberikan kesan mendalam dalam mempergiat kerjasama antara kedua-dua pihak.

Terdapat ciri-ciri yang serupa dalam struktur sumber, industri dan pembangunan teknologi antara negara ASEAN dengan beberapa buah provinsi China yang berhampiran dengan ASEAN, seperti Yunnan dan Guangxi. Oleh yang demikian, di samping membuka peluang, penubuhuan CAFTA juga turut mendatangkan cabaran kepada industri domestik. Encik Chen Tiejun berkata: "Yunnan dan Guangxi merupakan wilayah pengeluar gula yang utama di China. Beberapa negara ASEAN seperti Thailand dan Malaysia juga amat kaya dengan pengeluaran gula mereka. Selepas pembatalan tarif berikutan wujudnya CAFTA, lebih banyak gula dari negara ASEAN akan dieksport ke China. Hal ini mingkin menyebabkan Yunnan dan Guangxi kehilangan sebahagian pasaran domestik, malah memberikan cabaran kepada lebih 30 juta petani yang mengusahakan penanaman tebu dan pengeluaran gula di negara ini. Sudah tentu kerjasama akan mengakibatkan persaingan. Dalam konteks ini, kita dan negara ASEAN sedang dalam proses menyesuaikan diri antara satu sama lain."

Bagaimanapun, menurut Encik Chen Tiejun, Provinsi Yunnan juga mempunyai kelebihan yang istimewa ketika mengadakan kerjasama dengan negara ASEAN, seperti dalam bidang sumber tenaga.

Kata beliau: "Kerjasama sumber tenaga antara Yunnan dengan negara ASEAN dimulakan sejak puluhan tahun yang lalu. Sekarang, kita membekalkan tenaga elektrik kepada lebih sepuluh provinsi di utara Vitnam dan membantu menubuhkan banyak stesen hidroelektrik di Myanmar."

Kebanyakan syarikat di Provinsi Yunnan, China selama ini hanya menumpukan perhatian terhadap pasaran domestik sahaja, manakala kurang menjalankan terhadap kegiatan perdagangan dengan negara luar. Menurut Encik Chen Tiejun, konsep tersebut akan memberikan kesan negatif terhadap perdagangan antara kedua-dua pihak, terutama meneroka pasaran antara satu sama lain. Kata beliau: "Yunnan perlu mengubahsuai kaedahnya dalam kerjasama dengan negara ASEAN, dengan memberikan keutamaan kepada kegiatan pelaburan. Pelaburan kita di beberapa negara ASEAN boleh memainkan peranan dalam menerajui perkembangan ekonomi tempatan di samping meningkatkan taraf hidup rakyat di sana. Ini amat berfaedah bagi merancakkan perdagangan antara satu sama lain. Dengan sedemikian, negara-negara ASEAN juga boleh menikmati keuntungan daripada perkembangan ekonomi China."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China