Cari:
Sidang Tahunan CPPCC Membawa Suasana Baru yang Menggalakkan
2010-03-13 15:00:19 CRI Cetak

Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Rakyat China (CPPCC) telah ditutup di Beijing hari ini. Dalam tempoh berlangsungnya sidang tersebut selama 10 hari, lebih 2,000 orang anggota dengan aktif menyertai perbincangan, mengeluarkan cadangan, dan berjaya menyelesaikan semua agenda sidang itu. Muka yang baru antara anggota CPPCC, saluran baru untuk mengumpulkan pendapat umum, dan fikiran baru untuk menyertai perbincangan dan pentadbiran hal-ehwal negara, semuanya telah membawa suasana baru yang menggalakkan.

Pemimpin agama Buddha Tibet, Panchen Lama Ke-11, Erdini Qoigyijabu, yang muncul buat kali pertama dalam sidang ini, merupakan muka baru yang menarik perhatian yang luas dalam sidang tahunan kali ini. Beliau yang hanya berusia 20 tahun, telah dipilih sebagai anggota CPPCC pada bulan Februari lalu. Menghadapi perhatian yang luas, beliau berkata,

"Saya belajar banyak daripada sidang-sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan CPPCC. Saya melihat ramai anggota yang mengemukakan cadangan sendiri, menyertai perbincangan dan pentadbiran hal-ehwal negara, dan mengeluarkan cadangan supaya Parti Komunis China (PKC) dan negara dapat berkhidmat lebih baik kepada rakyat. Saya perlu terus berusaha kerana saya merupakan seorang anggota baru."

Ketika menyertai perbincangan kalangan agama, Panchen Erdini Qoigyijabu telah membentangkan fahamannya untuk menunaikan tanggungjawab anggota CPPCC. Menurut beliau, anggota CPPCC perlu melaporkan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat kepada pihak berkenaan, di samping melaksanakan pelbagai dasar PKC dan kerajaan dengan baik, supaya rakyat dapat menikmati kelebihan sosialisme dan hasil pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka terhadap dunia luar.

Seiring dengan semakin banyak pendapat umum dikeluarkan menerusi internet, ramai anggota CPPCC memilih internet untuk mewujudkan interaktif dan mengumpulkan cadangan dengan orang ramai. Anggota CPPCC, pelukis yang terkenal, He Shuifa telah membawa cadangan yang dikumpulnya melalui Micro-Blogging, iaitu wahana interaksi melalui internet yang terkini. Beliau berkata,

"Melalui Micro-Blogging, saya mengetahui masalah dalam kehidupan rakyat, demokrasi, dan pendapat umum. Oleh itu, saya menyusun masalah tersebut secara sismtematik. Bagi saya, anggota CPPCC patut bertanggungjawab untuk mencerminkan masalah yang terdapat dalam kehidupan rakyat melalui pelbagai saluran."

Sebagai saluran baru untuk menyampaikan pendapat umum, internet semakin menjadi cara kerja yang baru bagi CPPCC.

Sebanyak lebih 5,000 buah cadangan dikumpulkan dalam sidang tahunan kali ini., antaranya cadangan yang bersifat makro dan strategik yang berkait dengan pembangunan negara, kawasan dan industri meningkat secara kerata. Ramai anggota CPPCC telah mengeluarkan fikiran baru untuk membangunkan ekonomi karbon rendah. Anggota CPPCC, ahli ekonomi yang terkenal, Encik Li Daokui mencadangkan,

"Bagi saya, ekonomi karbon rendah perlu dijadikan dasar negara. Saya mencadangkan agar rangkaian subsidi kewangan dikeluarkan, dan menggalakkan bandar dan perusahaan kita membangunkan ekonomi karbon rendah, supaya ekonomi kita dapat terus ditingkatkan."

China perlu menggunakan peluang ini, kerana ekonomi karbon rendah sedang menjadi pertumbuhan ekonomi antarabangsa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China