Cari:
Jia Qinglin: Laporan Terhadap Sidang Tahunan CPPCC Amat Penting bagi Penyiaran Luar
2010-03-13 16:00:03 CRI Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) Jia Qinglin telah meninjau Studio CRI bagi laporan sidang tahunan "NPC&CPPCC" pagi tadi. Beliau berkata, kerja laporan terhadap CPPCC amat penting bagi kerja penyiaran luar. Beliau menghargai sokongan CRI terhadap kerja CPPCC selama ini.

Sidang Ke-3 Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 CPPCC telah berakhir pagi tadi. Selepas sidang itu berakhir, Jia Qinglin meninjau ke studio CRI.

Naib Ketua Editor CRI, Ma Weigong melaporkan keadaan penyiaran CRI terhadap sidang "NPC&CPPCC", pembangunan penyiaran antarabangsa serta usaha CRI untuk mendorong kerja pembangunan penyiaran antarabangsa. Jia Qinglin berjabat tangan dengan pegawai CRI selepas mendengar laporan tersebut, dan menghargai sokongan CRI terhadap kerja CPPCC.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China