Cari:
China Akan Terus Bersama-sama Pelbagai Negara Menyumbang kepada Usaha Menangani Perubahan Iklim Sejagat
2010-03-14 12:07:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China akan terus berusaha bersama-sama dengan pelbagai negara untuk menyumbang kepada kejayaan usaha menangani perubahan iklim sejagat.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam sidang akhbar selepas sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) di Beijing hari ini.

Menurut beliau, isu perubahan iklim bukan sahaja berkait rapat dengan kewujudan umat manusia, malah juga amat penting ertinya bagi kepentingan pelbagai negara serta kesaksamaan dan keadilan dunia. Pendirian China yang berpegang teguh pada prinsip "memikul tanggungjawab yang sama tetapi tugas berlainan", adalah betul.

Pada tahun lalu, kerajaan China telah mengemukakan matlamat untuk mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksida bagi setiap unit KDNK sebanyak 40% hingga 45% pada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2005.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China