Cari:
China Akan Sediakan Persekitaran Perundangan yang Adil kepada Syarikat Asing
2010-03-14 13:00:06 CRI Cetak

China akan berusaha menyediakan persekitaran perundangan yang adil kepada syarikat asing di China, dan memberikan layanan nasional kepada mereka.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam sidang akhbar selepas sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) di Beijing hari ini.

Menurut beliau, China bukan sahaja mengalu-alukan syarikat asing membuka urus niaga di China, tetapi juga mengutamakan pengimportan teknologi dan kaedah pengurusan yang maju dari luar negara.

Beliau berharap lebih banyak badan penyelidikan dan pembangunan asing membuka cawangan di China. Ini dipercayai dapat meningkatkan lagi kecekapan China dalam menggunakan modal asing.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China