Cari:
Nilai Mata Wang RMB yang Stabil Membantu Pemulihan Ekonomi Sejagat
2010-03-14 11:32:59 CRI Cetak

Nilai mata wang RMB yang stabil ketika berlakunya krisis kewangan global membantu memulihkan ekonomi sejagat. China akan terus mengekalkan sistem nilai pertukaran mata wang RMB yang fleksibel dan terkawal berdasarkan keadaan pasaran.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam sidang akhbar yang diadakan selepas berakhirnya sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) di Beijing hari ini. Menurut beliau, nilai mata wang RMB tidak menurun ketika ekonomi sejagat berada pada masa yang paling sulit, sebaliknya meningkat 14.5%. Jumlah eksport China menurun 16% pada tahun 2009 berbanding dengan tahun sebelumnya, manakala jumlah import hanya menurun 11%. Jumlah lebihan dagangan pula menurun sebanyak 102 bilion dolar Amerika. Kini, China sudah menjadi pasaran eksport utama bagi beberapa negara jiran termasuk Jepun dan Republik Korea serta negara Eropah dan A.S.

Beliau menambah, China akan meningkatkan pembaharuan terhadap sistem pertukaran mata wang RMB di samping mengekalkan nilainya pada tahap yang munasabah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China