Cari:
Wen Jiabao Tegaskan Ekonomi China Masih Berdepan dengan Kesukaran
2010-03-14 17:01:07 CRI Cetak
Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 ditutup di Beijing pagi tadi. Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas penutupan sidang tersebut, Perdana Menteri Wen Jiabao menyatakan bahawa ekonomi China mungkin jatuh sekali lagi pada tahun ini dan untuk mengelakkan gajala ini daripada berlaku, China mengekalkan dasar ekonomi secara berterusan dan stabil. Beliau juga menentang cubaan yang menaikkan nilai mata wang RMB dengan cara paksa.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung selama lebih dua jam itu, wartawan dari dalam dan luar China telah mengemukakan sebanyak 13 soalan kepada Perdana Menteri Wen Jiabao, antaranya hampir separuh soalan bertumpu kepada dasar ekonomi China dan arah aliran perkembangan ekonomi China pada masa depan. Ketika membicarakan perkembangan ekonomi China pada tahun ini, Wen Jiabao berkata,

"Dalam usaha mengembangkan ekonomi, kita sepatutnya menyelaraskan hubungan antara tiga bidang yakni memelihara perkembangan ekonomi secara stabil dan agak pesat, menyusun semula struktur ekonomi dan membendung jangkaan inflasi. Hanya berbuat demikian, barulah dapat mengelakkan ekonomi jatuh sekali lagi."

Dalam sidang akhbar tersebut, Wen Jiabao menyampaikan keazaman dan keyakinan kerajaan untuk mengatasi kesukaran ekonomi. Beliau menerangkan tugas utama yang akan dijalankan oleh kerajaan dalam tiga bidang. Kata beliau,

"Pertama, tentang dasar mata wang, kerajaan akan memelihara mibiliti mata wang RMB yang rasional dan mencukupi dan memelihara kadar faedah pada tahap yang rasional; kedua, memberikan perhatian kepada sektor pertanian, berusaha sedaya-upaya untuk mewujudkan hasil pertanian yang baik pada tahun ini; dan ketiga, perlu memelihara dasar dilaksanakan secara berterusan dan stabil, meneruskan pelaksanaan dasar kewangan yang proaktif dan dasar mata wang yang longgar sederhana untuk memperkukuh trend pemulihan ekonomi."

Wen Jiabao memberikan jawapan yang jelas tentang masalah mengenai kadar tukaran RMB yang menjadi tumpuan perhatian luar. Beliau menentang cubaan yang menaikkan nilai mata wang RMB secara paksa. Kata beliau,

"China memelihara kestabilan kadar tukaran mata wang RMB ketika krisis kewangan antarabangsa melanda seluruh dunia. Ini merupakan sumbangan yang penting kepada pemulihan ekonomi dunia. Kami menentang dakwaan antara pelbagai negara, bahkan memaksakan sesebuah negara supaya menaikkan nilai mata wangnya melalui cara mengubahkan kadar tukarannya. Cubaan ini tidak bermanfaat kepada pembaharuan kadar tukaran mata wang RMB."

Wen Jiabao juga mengingatkan pelbagai negara supaya mengawasi perlindungan perdagangan yang semakin serius seiring dengan merebaknya terus krisis kewangan antarabangsa di seluruh dunia.

Selain itu, Wen Jiabao menyatakan China akan melaksanakan dengan tegas dasar pintu terbuka kepada luar dan mengalu-alukan syarikat asing menjalankan urus niaga di China mengikuti undang-undang China. Pada masa yang sama, beliau menyatakan kebimbangannya terhadap ketidakstabilan kadar tukaran dolar Amerika serta keselamatan aset China di A.S..

Tentang soalan wartawan yang terakhir yang bertumpu kepada kehidupan rakyat, Wen Jiabao menyatakan bahawa dalam masyarakat China masih wujud banyak gejala yang tidak sama rata, misalnya dalam bidang pembahagiaan pendapatan dan di sisi undang-undang. Ini pasti diambil berat oleh kerajaan. Kata beliau,

"Kami bukan sahaja perlu berusaha membangunkan ekonomi dengan baik, bahkan perlu mendorong kesamarataan dan keadilan wujud dalam masyarakat serta menggalakkan perkembangan individu dengan menyeluruh dan bebas."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China