Cari:
Shanghai Ambil Langkah bagi Jamin Mutu Alam Sekitar Semasa Ekspo Dunia
2010-03-14 15:48:23 CRI Cetak

Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) berakhir di Beijing hari ini. Wakil NPC yang juga Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Shanghai, Zhang Quan menyatakan sebelum upacara penutup tersebut Shanghai akan mengambil pelbagai langkah bagi menjamin mutu alam sekitar semasa Ekspo Dunia berlangsung.

Katanya, dalam tempoh 10 tahun selepas Shanghai mengemukakan permohonan untuk menyelenggarakan Ekspo Dunia, peruntukan dalam perlindungan alam sekitar berjumlah 250 bilion yuan RMB, yang digunakan dalam bidang menangani pencemaran air dan udara, serta penyelarasan struktur perindustrian dan sumber tenaga. Selepas Ekspo Dunia berakhir, Shanghai akan terus memperbaiki alam sekitar, dan meningkatkan kawalan terhadap air, udara dan sisa pepejal.

Ekspo Dunia akan dirasmikan pada 1 Mei nanti, dan kerja persiapannya telah memasuki fasa akhir.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China