Cari:
Media Asing Beri Tumpuan kepada Penutupan Sidang Tahunan NPC dan Sidang Akhbar Perdana Menteri Wen Jiabao
2010-03-15 10:28:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Agensi France-Presse (AFP) melaporkan bahawa Sidang Tahunan NPC berakhir semalam. Draf Belanjawan Tahun 2010 yang diluluskan dalam sidang itu menegaskan akan menambah peruntukan dalam bidang perubatan, pendidikan dan pembinaan rumah yang bersifat jaminan.

The Associated Press (AP) memberitakan bahawa Perdana Menteri Wen Jiabao dalam sidang akhbar semalam menyatakan ekonomi dunia mungkin mengalami kejatuhan sekali lagi ekoran kadar pengangguran di beberapa entiti ekonomi utama kekal pada tahap yang tinggi serta kewujudan risiko dalam sistem kewangan. Ketika membicarakan keadaan ekonomi China, Wen Jiabao menyatakan, pengurusan syarikat China masih belum cukup kukuh di peringkat asasnya dan tetap memerlukan bantuan kerajaan.

Rencana Agensi Berita Reuters menyebut, Wen Jiabao dalam sidang akhbar semalam menegaskan China akan meneruskan proses pembaharuan kemandirian terhadap mekanisme pembentukan kadar tukaran RMB yang sedang dijalankan. Tekanan luar terhadap China dalam isu ini tidak bermanfaat kepada pembaharuan itu.

Akhbar Singapura Lianhe Zaobao menyiarkan rencana dalam laman sesawangnya menyebut, Perdana Menteri Wen Jiabao dalam sidang akhbar tersebut berkata bahawa China akan membuat pertimbangan terhadap keadaan domestik dan arena antarabangsa dalam dasar luarnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China