Cari:
Hu Jintao: Menjadikan Ekspo Dunia di Shanghai Sebuah Ekspo yang Berjaya, Cemerlang, dan Tidak Dapat Dilupakan
2010-05-03 15:35:13 CRI Cetak

Pihak-pihak yang terlibat perlu berusaha sedaya upaya untuk menjadikan Ekspo Dunia 2010 di Shanghai ini sebuah ekspo yang berjaya, cemerlang dan tidak dapat dilupakan oleh semua pengunjung dan peserta.

Demikian ditegaskan oleh Presiden China, Hu Jintao setelah beliau mengunjungi beberapa dewan pameran di Taman Ekspo Dunia semalam.

Menurut beliau, pihak-pihak tersebut perlu berusaha dengan sepenuh tenaga, di samping meningkatkan penyelarasan antara satu sama lain untuk memastikan pelbagai kerja diuruskan dengan baik sepanjang berlangsungnya ekspo ini. Tegasnya lagi, dalam pada itu, aspek keselamatan dan kualiti perkhidmatan hendaklah diletakkan pada kedudukan yang paling utama.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China