Cari:
Ekspo China-ASEAN Ke-7 akan Lebih Istimewa dan Lebih Efisien
2010-07-26 16:53:01 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN Ke-7 yang menarik minat pengusaha domestik dan pengusaha dari negara-negara ASEAN akan diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China pada 20 Oktober nanti. Naib Pengerusi Guangxi, Encik Chen Wu ketika menjelaskan mengenai kerja persiapan ekspo itu dalam sidang media di Beijing hari ini berkata, bahawa Ekpso China-ASEAN Ke-7 itu akan diadakan dengan cara yang lebih istimewa dan lebih efisen demi merangsang lagi kerjasama antara kedua-dua pihak. Sekarang, kerja-kerja untuk menjayakan ekspo itu sedang dilaksanakan dengan lancar.

Ekspo China-ASEAN Ke-7 selama 4 hari itu akan berfokus kepada tema utamanya, iaitu "peluang baru dari kawasan perdagangan bebas". Menurut Encik Chen Wu, sebanyak 4,522 buah gerai pameran ekspo itu telah habis ditempah oleh syarikat dari kedua-dua pihak setakat ini. Angka itu melebihi 13% daripada jumlah gerai pemeran yang dirancangkan sebelum ini. Daripadanya, 1,303 buah gerai telah ditempah oleh syarikat dari negara-negara ASEAN. Angka itu meningkat 11.6% dengan berbanding ekspo pada tahun lalu. Di samping itu, Sidang Kemuncak Urusniaga dan Pelaburan China-ASEAN juga akan diadakan ketika ekspo tersebut berlangsung. Chen Wu berkata: "Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Urusniaga dan Pelaburan China-ASEAN Ke-7 merupakan dua aktiviti penting selepas Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) ditubuhkannya pada tahun ini. Ia akan membawa makna yang penting lagi istimewa. Kerja persiapan untuk kedua-dua aktiviti ini dibuat dengan mengutamakan inovasi demi membantu syarikat dari kedua-dua pihak untuk mengambil lebih banyak peluang perniagaan daripada CAFTA."

Menurut statistik, jumlah perdagangan dua hala China-ASEAN telah mencatat angka 136.5 bilion dolar Amerika pada setangah tahun pertama tahun ini, meningkat 55% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. Kini, ASEAN telah menjadi rakan dagang keempat terbesar bagi China.

Chen Wu berkata, Ekspo China-ASEAN telah diadakan 6 kali dengan jayanya sejak tahun 2004. Prestasi ekspo ini juga semakin meningkat dari semasa ke semasa. Menurut beliau, China bersedia meningkatkan lagi kerjasama dengan ASEAN dalam konteks kawasan perdagangan bebas, dan menggalakkan lebih banyak syarikat domestik melabur di negara ASEAN. Kata beliau: "Ruang pemeran untuk produk perkhidmatan dan barang-barang kemas akan ditawarkan dalam ekspo itu buat pertama kalinya. Di samping itu, ruang pameran jenama dan makanan negara ASEAN juga akan disediakan demi membantu lebih banyak produk yang istimewa dari negara ASEAN memasuki pasaran China. Kami juga akan bekerjasama dengan badan pelaburan negara ASEAN untuk memastikan ekspo ini boleh membantu lebih banyak syarikat domestik melabur di negara-negara ASEAN. "

Naib Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng dalam sidang akhbar itu berkata: "Kami akan terus melipatgandakan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dan berusaha memastikan ekspo ini boleh memainkan peranan yang lebih istimewa dan realistik. Kami akan mengekalkan tiga prinsip utama untuk menjayakan ekspo ini, iaitu pertama, penganjuran bersama demi kejayaan bersama; kedua, melaksanakan perjanjian kawasan perdagangan bebas secara menyeluruh; ketiga, menjadikan ekspo ini sebagai wadah penting untuk mempererat kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China