Sidang peringkat tinggi matlamat pembangunan milenium PBB yang berlangsung selama 3 hari sedang diadakan di ibu pejabat PBB di New York. Para pemimin negara membangun dan pertubuhan antarabangsa yang menghadiri sidang kali ini menyeru masyarakat antarabangsa berusaha membentuk mekanisme rakan kerjasama sejagat serta membantu negara-negara membangun mengatasi kesukaran dan mewujudkan pembangunan.
Gabenor Bank Dunia, Robert B. Zoellick ketika berucap dalam sidang tersebut berkata, masyarakat antarabangsa telah mencapai kejayaan dalam usaha membasmi kemiskinan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Manakala, usaha ini dan pencapaian di pelbagai negara tidak seimbang. Krisis-krisis bahan makanan, sumber tenaga, kewangan dan ekonomi yang merebak di seluruh dunia sejak tahun 2008 telah menjejaskan usaha negara-negara membangun untuk membasmi kemiskinan. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa membantu negara-negara membangun untuk kewujudkan pembangunan.
Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn berkata, negara-negara membangun berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kestabilan pembangunan ekonomi makro sebelum dilanda krisis-krisis tersebut berlaku. Kejayaan tersebut disebabkan persekitaran antarabangsa dan dasar dalam negeri yang amat baik. Tetapi krisis-krisis tersebut mengakibatkan 70 juta orang sukar untuk mengatasi kemiskinan sebelum tahun 2020 serta berjuta-juta orang menjadi penganggur dalam tempoh masa yang panjang. Menurut beliau, mewujudkan semula keseimbangan dan pembangunan senjagat yang berterusan menjadi kaedah yang terpenting untuk mengatasi krisis-krisis tersebut. Negara-negara membangun, entiti ekonomi yang maju serta badan antarabangsa perlu bertanggungjawab bersama-sama untuk mencapai matlamat pembangunan milenium PBB. Tambah beliau, "Kumpulan 8" perlu menunaikan janji mereka dalam Sidang Kemuncak Glenegles pada tahun 2005 dan membuka perdagangan untuk membantu negara-negara kurang maju. Selain itu, negara-negara membangun juga perlu memperuntukkan pembangunan infrastruktur dan jaringan jaminan sosial agar meningkatkan keupayaan mereka untuk menghadapi krisis.
Menteri Luar Kuba, Bruno Rodriguez Parrilla berkata, pelbagai negara anggota Komuniti Caribbean amat berjaya untuk mencapai matlamat dalam 8 aspek. Tetapi kejayaan tersebut bukan disebabkan bantuan daripada masyarakat antarabangsa serta order ekonomi dunia yang baru. Order ekonomi dunia yang sedia ada masih kurang adil. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa membentuk order politik dan ekonomi yang baru berasaskan perpaduan, keadilan dan hak asasi manusia.
Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata, banyak negara-negara maju telah mengalami defisit yang serius dalam krisis kewangan pada 2 tahun yang lalu. Kesan negatif akibat krisis tersebut terhadap negara-negara miskin lebih serius. Pihaknya berharap negara-negara maju yang lain berusaha bersama-sama dengan Perancis untuk membantu negara-negara kurang maju, khususnya negara-negara di Afrika.
Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, pihaknya tidak mengurangkan jumlah bantuan kepada negara-negara membangun walaupun dalam juga krisis kewangan antarabangsa. Pihaknya akan terus menunaikan janjinya untuk menggunakan 0.7% daripada jumlah pendapatan nasional bagi membantu negara-negara membangun. Menurut beliau, selain itu, mewujudkan matlamat pembangunan milenium PBB terutamanya tergantung kepada kerajaan negara-negara membangun. Bantuan daripada masyarakat antarabangsa hanya memainkan peranan sekunder bagi negara-negara tersebut mencapai matlamat pembangunan milenium PBB.