Cari:
Jia Qinglin: China Sentiasa Pentingkan Peranan Negara Islam
2010-10-15 12:55:21 CRI Cetak

Rakyat China sentiasa bersahabat dengan rakyat dunia Islam, dan kerajaan China juga sentiasa mementingkan peranan yang dimainkan oleh negara Islam.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Jia Qinglin ketika ditemui Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL), Abdullah A. Alturki di Beijing semalam.

Menurut Jia Qinglin, China dan negara Islam saling memahami dan menghormati, serta saling menyokong dalam keprihatinan dan kepentingan asas masing-masing. Kedua-dua pihak juga mengadakan penyelarasan dan kerjasama dalam banyak hal ehwal serantau dan antarabangsa. Kerajaan China memberi keutamaan kepada isu etnik, sentiasa melaksanakan dasar bebas beragama dan mementingkan peranan positif agama dalam usaha menggalakkan keharmonian masyarakat.

Alturki menyatakan, lawatan delegasi yang diketuainya bertujuan untuk meningkatkan persahabatan dengan kerajaan China dan kalangan Islam China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China